in ,

Bercuti Di Malaysia Pun Kena Ada Apps Ni!

Sumber Gambar: www.gapyear.com

#Lunagirls akan cuti-cuti dalam Malaysia tak lama lagi? Selalunya sebelum pergi bercuti, parents kita mesti akan buat research tempat-tempat yang menarik, kedai makan yang sedap dan aktiviti yang menarik boleh dilakukan! Banyak benda kan nak kena buat? Haa apa kata korang tolong ringankan beban parents korang dengan download apps ini..

SYGIC TRAVEL

via GIPHY

Aplikasi ini akan suggest korang untuk tengok tempat-tempat menarik dekat area percutian tu! Selain itu, korang boleh juga susun perjalanan percutian dengan beberapa suggestion yang di beri antaranya jarak dari tempat penginapan, cuaca harini dan bermacam lagi!

FOURSQUARE

via GIPHY

Kalau #Lunagirls rasa macam was-was untuk pergi sesuatu tempat itu, korang guna aplikasi ini untuk check review! Dekat review tu biasanya orang akan comment mengenai keadaan tempat, harga dan layanan yang diberikan. So after tu korang boleh decide nak pergi ke tak.

GOOGLE MAPS ATAU WAZE

via GIPHY

Aplikasi yang penting untuk mudahkan perjalanan #Lunagirls and family! Korang hanya perlu masukkan je nama kedai atau tempat yang nak pergi, nanti akan terus dapat route, jarak dan masa! Dengan aplikasi ni juga kita boleh elak daripada sangkut bad traffic! Hihi!

E-HAILING SERVICE

via GIPHY

Apps E-Hailing sediakan perkhidmatan pengangkutan! Ala.. senang cerita dia macam teksi! Kalau #Luangirls travel naik kapal terbang ke tempat percutian, korang boleh guna apps ini memudahkan pergerakkan dekat sana kerana sentiasa ada!

PLATE CULTURE

via GIPHY

Kepada Food Lover korang boleh cuba aplikasi ini! Sebab aplikasi ni akan share dengan korang tempat makan yang menarik dan unik yang mungkin belum pernah korang rasa! Contohnya kalau korang pergi Sarawak, apps ni akan suggest untuk korang makanan tradisi orang Sarawak seperti mee kolok! Sedapnya..

Sekarang ada pelbagai aplikasi travel yang akan memudahkan cuti kita! Kalau dulu kita perlu bawa maps atau tanya-tanya orang tapi kini tidak lagi sebab semua dihujung jari kita sahaja! Yay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bahaya Kalau Suka Selfie? Oh No!

Dalam Badan Ada Racun? Macam Mana Ni!