in ,

Bercuti Di Korea Selatan? Download Apps Ini!

Sumber Gambar: https://www.zetizen.com

Hello #Lunagirls! Cuti sekolah sudah bermula, siapa dekat sini yang bercadang nak pegi Korea Selatan? Seronoknya nak jumpa oppa handsome! Hehe! Tapi sebelum korang terbang, LUNARIA nak pesan jangan lupa download aplikasi yang disenaraikan ni.. supaya dapat membantu korang dekat sana nanti!

KAKAO TALK 

Sumber Gambar: https://www.merdeka.com

Kalau kita dekat Malaysia gunakan WhatsApp untuk chat.. Tapi di Korea Selatan, mereka menggunakan aplikasi Kakao Talk! Jadi kalau korang dekat sana boleh cuba guna aplikasi ni.. Mana tahu jumpa kenalan baru disana senang nak contact nanti!

JIHACHUL 

Sumber Gambar: https://livingnomads.com

Aplikasi Jihachul adalah untuk penggunaan subway di sana .. kalau dekat Malaysia kita panggil KTM atau MRT! Hehe! Aplikasi ni akan guide pengguna naik train.. Sangat membantu untuk tourist sebab kita tak mahir sangat setiap station train di sana! Haa kalau #Lunagirls tak nak sesat, baik download ya! Haha!

NAVER DICTIONARY 

Sumber Gambar: https://inikpop.com

Mesti #Lunagirls ingat navigation kan? Haha! Aplikasi Naver Dictionary adalah aplikasi yang boleh terjemah perkataan dalam bahasa Korea yang kita tak faham.. Dan akan mengajar kita bagaimana untuk menggunakan kosa kata bahasa Korea dengan betul! Nanti boleh korang travel sambil belajar bahasa baru!

ITOUR SEOUL

Sumber Gambar: http://magazine.seoulselection.com

Bagi yang datang ke Korea tapi tak tahu nak pergi mana, korang boleh download aplikasi ni! Aplikasi rasmi di Korea Selatan ini akan memberitahu tempat-tempat menarik dan bersejarah yang boleh korang kunjungi., Boleh #Lunagirls main “Playing Tourist” dengan family or friends! Hehe!

YOGIYO 

Sumber Gambar: https://www.90daykorean.com

#Lunagirls takut lapar waktu malam dan tak tahu nak pergi makan mana? Apa kata korang download je aplikasi Yogiyo ni.. Sebab ia adalah antara aplikasi penghantaran makanan yang agak terkenal di sana! Bukan satu jenis makanan je tapi bermacam-macam korang boleh pilih!

Cepat-cepatlah download sebelum terbang ke Korea Selatan tau #Lunagirls! Barulah boleh berjalan dan enjoy tanpa rasa risau lagi.. hehe! Untuk #Lunagirls yang belum ada plan untuk cuti sekolah ni, LUNARIA nak bagitahu SuperDeals ada buat promotion ke Taman Tema Animasi MAPS Perak tau! Korang boleh klik sini untuk dapat harga tiket mur mur okay!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

DIY Lip Balm Guna Bahan Dapur!

Telegram VS WhatsApp! Mana Lagi Onz?