in ,

Okay Ke Bercinta Di Alam Persekolahan?

Sumber Gambar: Bercinta sekolah https://playworld.id

Hi pretty girls! Ada antara #Lunagirls yang bercinta ke? Bercinta zaman sekolah selalunya dipanggil cinta monyet..eh yeke? Haha! Sebenarnya okay je, semua orang suka diberi attention..tapi LUNARIA rasa baik korang beri perhatian pada benda lain! Antara sebabnya ialah….

PERSAHABATAN TERBATAS

via GIPHY

Kalau #Lunagirls nak tahu, bercinta dengan kawan sekolah atau kawan social media boleh mengganggu friendship korang tau! Sebab daripada elok-elok kawan, ambil berat each other tapi bila break up terus tak bertegur! Alahai..macam mana tu? Putus kawan lagi sedih dari putus cinta tau. Jadi elakkan okay girls?

FOKUS BELAJAR

via GIPHY

Waktu sekolah amatlah penting kita terus fokus belajar untuk future kita tau! Kalau korang memang suka each other, cuba bagitahu ‘Tunggu saya sampai habis SPM ni boleh?” If dia seorang yang positif mesti dia akan tunggu! Lagi pun, barulah sweet
nanti amik result sama-sama cemerlang! Yay!

 EMOSI MUDAH TERGANGGU

via GIPHY

Kalau bercinta mesti ada ups and down kan? Haa nanti boleh menyebabkan emosi mudah terganggu tau.. huhu! Sometimes you can handle but sometimes it can get worst. Nanti tak boleh fokus belajar, rugi masa yang dah korang luangkan!

RUGI DUIT

via GIPHY

Biasalah kalau bercinta mesti kita nak jadi sweet kan? Jadi sanggup belikan barang, belanja makan atau pun belikan hadiah! Itu belum lagi duit top up! Haha! #Lunagirls seorang pelajar sekolah, apa kata gunakan duit untuk benda yang lebih baik untuk masa depan okay?

LUNARIA harap korang fahamkan dulu kebaikan dan keburukan bercinta di alam persekolahan okay? Bak kata pepatah, berkawan biar seribu tau girls! Nanti bila korang dah habis sekolah, dah ready barulah bercinta! #Muahciked

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments