in ,

“Bercinta Biar Berpada.” -Nurul, Gadis Terlanjur

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/467248530082457562/?lp=true

Hai #Lunagirls, korang dah baca belum article pasal Bayt Al-Rahmah  dimana ia merupakan rumah bimbingan remaja hamil. Sebenarnya kita tak boleh terus menghukum orang atas kesalahan yang dia lakukan. Semua orang buat kesalahan, tapi ia bergantung pada diri orang tu nak berubah ke tak. Macam kisah Nurul, 21 tahun yang terlanjur di usia muda..

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Nurul (bukan nama sebenar) dah menetap di Pusat Bimbingan ni selama enam bulan. Dia ada dekat sini sebab permintaan keluarganya yang nakkan dia berubah dan dapatkan perlindungan sewajarnya. Sebab dekat rumah ni, mereka akan belajar tentang ilmu agama dan dekatkan diri dengan Tuhan. Bukan tu je, pelatih dekat sini pun akan mendapatkan khidmat kaunseling dan kesihatan yang sepatutnya.

Sumber Gambar: http://manado.tribunnews.com/

Permulaan kisah Nurul ni terjadi, bila dia berkenalan dengan seorang lelaki yang sekarang menjadi tunangnya. Family pula terlalu percayakan mereka berdua sehingga mereka break their parents’ trusts dan terlanjur.

Disebabkan kelalaian Nurul dan tunangnya, Nurul disahkan mengandung. Takut? Tuhan je yang tahu betapa takutnya Nurul semasa dia terima berita tu. Tapi at the same time, tunangnya gembira dengan berita tu. Ibu bapanya Nurul pula macam tak boleh terima hakikat anak perempuannya dah mengandung tapi belum kahwin.

via GIPHY

Tapi girls, ibu bapa Nurul ni sangat supportive. Mereka tak buang Nurul dari keluarga walaupun dia hanya la anak angkat. Ibu bapanya inginkan yang terbaik sebab tu mereka menghantar dia ke Rumah Bayt Al-Rahmah. Dengan sokongan keluarga, Nurul telah selamat melahirkan baby.

Lepas je keluar dari Bayt Al-Rahmah, katanya dia nak sambung belajar, bantu keluarganya dan berkahwin. Pengalaman hitam tu, tak kan di ulangi lagi, baginya perkara tu merupakan pengajaran  sebab terlalu gembira dengan dunia.

via GIPHY

Pesanan Nurul kepada adik-adik di luar sana:

Jangan sesekali menyakiti hati ibu bapa kita, jangan merosakkan kepercayaan yang telah mereka beri. Keindahan dunia ni sementara je, tapi kenangan pahit tu akan berkekalan sampai bila-bila. Yang penting, kita nak berubah dan menjadi yang lebih baik. 

Semoga cerita yang Ummi kongsikan ni menjadi teladan kepada #Lunagirls semua. Sebelum melakukan perkara, ingat la dekat kedua orang tua kita. Sekiranya korang ada kawan macam Nurul, jangan la korang terus menghukum, tapi bagi moral support dekat diorang untuk bertaubat dan memperbaiki diri menjadi yang lebih baik.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jom Elak Mengantuk Dekat Sekolah Waktu Berpuasa

How To Handle Kecam With Kebaikan #DoneDakwah