in ,

Berbulan Tinggalkan Asrama, Cuba Cara Ini Untuk Bersihkan Dorm

Sumber gambar: smktpm2092

Memandangkan sekarang ini semua pelajar sekolah dah slowly mula masuk sekolah semula, of course korang kena prepare fizikal dan mental untuk kembali ke norma baharu. Mana yang sekolah pagi kena biasakan diri bangun awal, for those yang sekolah asrama pula dah boleh mula packing semula barang-barang nak bawa balik ke sana. Korang dah tak ingat apa nak dibawa balik ke asrama nanti? Jangan risau, kami dah ingatkan korang di article sebelum ini, korang KLIK SINI..

Since dah hampir empat bulan duduk dekat rumah, korang pun dah kena balik ke asrama of course banyak benda nak kena siapkan. Bukan itu sahaja, dorm pun kena dibersihkan juga, maklumlah dah lama sangat ditinggalkan semestinya akan berhabuk. But it’s okay kami akan bantu korang macam mana nak bersihkan dorm dengan cara mudah.

BERSIHKAN TEMPAT TINGGI DAHULU

Cara Genius Bersihkan Kipas Siling Dengan Sarung Bantal. Tak ...
Sumber gambar: Siraplimau

Biasanya dalam dorm barang tak banyak sangat, mungkin hanya ada katil, locker, meja kecil, storage box dan beberapa barang besar yang lain sahaja. Perkara pertama yang korang kena bersihkan dahulu ialah kipas dan bahagian siling dalam dorm. Habuk di kipas mesti dah makin tebal dan sawang di siling serta dinding pun mesti dah banyak. Bersihkan part paling tinggi dahulu supaya nanti bila semua habuk dan kotoran dah jatuh ke bawah, senang kita nak sapu satu bilik, tidaklah ada kotoran  tertinggal lagi.

TIPS: Kalau tak nak habuk kipas bersepah, bersihkan kipas dengan menggunakan sarung bantal. Cara ini sangat mudah dan semua habuk dari kipas akan terperangkap dekat dalam sarung tanpa jatuh ke lantai.

SIMPAN TILAM DAN BANTAL

My Mini Self: Tips Menghias Asrama
Sumber gambar: Myminiself

Habuk bila terkena badan kita akan rasa gatal. Better korang simpan dahulu semua katil dan kumpulkan di satu tempat yang bersih supaya nanti tidaklah habuk melekat di katil. Cabut dahulu segala cadar dan sarung bantal kemudian kalau boleh tutup semua tilam, sebaiknya ditutup sekejap supaya tak terkena habuk. Jangan lupa rendam sikit sarung bantal dan cadar.

TIPS: Seeloknya kalau korang akan tinggalkan dorm dalam masa yang melebihi sehari, lipat tilam menjadi half. Cara itu boleh elakkan habuk melekat di atas tilam. Paling penting jangan lupa pakai mask takut nanti habuk masuk hidung!

BUANG BENDA YANG TAK PATUT

Sembunyi di Locker Asrama - Fiksyen Shasha
Sumber gambar: Fiksyenshasha

Mungkin waktu korang balik hari itu tak sempat nak clear storage makanan dekat dalam dorm. Sekali nanti buka sahaja storage makanan terus pengsan sebab banyak benda yang dah tak elok. Korang dah boleh terus buang benda yang tak patut disimpan dah supaya nanti tak makan ruang je dalam storage. At least nanti barang korang dapat dikurangkan dan kalau ada nak beli benda baru, boleh letak je dalam storage tersebut since masih ada ruang lagi.

BERSIHKAN SAMBIL BUKA AYAT SUCI

Tahfiz khusus pelajar perempuan | Agama | Berita Harian
Sumber gambar: Bharian

Kalau di rumah nak bersihkan bilik, kita buka lagu K-Pop atau lagu TikTok supaya mood nak kemas datang betul tak? Tapi kalau nak bersihkan dorm  seeloknya korang bukalah zikir atau ayat bacaan Al-Quran. Maklumlah dah lama kita tinggalkan dorm, kita tak nak nanti kita duduk dengan makhluk lain pula dekat dalam dorm ya. At the same time korang pun dapat pahala sebab nanti mulut akan terikut sama zikir.

Paling penting sekali ajak kawan-kawan satu dorm kemas sekali, jangan ada yang curi tulang pula. Kita kalau duduk ramai-ramai kenalah sama-sama jaga kebersihan, jangan harapkan orang lain sahaja ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lagu K-Pop Bulan July Kpopers Harus Layan!

Jom Check Keperibadian Korang Melalui Cara Bergambar