in ,

Berbuka Dengan Crush Dekat Depan Masjid?

Sumber gambar: https://matadornetwork.com/read/beautiful-mosques-around-world/

YA ALLAH! Crush ajak berbuka sama-sama la pula! Apa nak buat. Sis nervous, risau tak makan je sebab dah berbuka dengan ‘benda manis’ depan mata.

via GIPHY

Fuhhh tenang sis jangan nervous sangat. Bila bulan puasa ni mesti ramai orang ajak berbuka sama-sama, termasuk la crush yang disayangi. Tapi dalam nervous tu, kena la cover juga supaya #IftarDate korang berjalan dengan lancar. Macam mana nak jadikan ianya sempurna? Jom cuba cara yang Ainaa cadangkan ni. Mudah-mudahan berjaya la hendaknya!

PLAN AWAL-AWAL

via GIPHY

Since bulan Ramadhan ni 30 hari dan sekarang kita dah melepasi minggu pertama, why not mula plan #IftarDate korang tu sekarang. At least nanti tak ada la kelam kabut, tak tahu nak makan apa, makan dekat mana semua. Set tarikh yang korang masing-masing free. Sebab tu kena mula cari tarikh sekarang sebab korang pun nak berbuka dengan family dan kawan-kawan yang lain. Tapi untuk crush,Β kena la kosongkan jadual untuk sehari. Hehe!

TENTUKAN BUDGET

Sumber gambar: https://productnation.co/my/eats/food/17158/best-ramadan-buffet-kuala-lumpur/

Korang berdua pun still study lagi, takkan nak minta si dia belanja pula kan. Melampau ya, dia dah ajak berbuka, korang pula demand nak minta dia belanja. Tentukan budget makanan berbuka korang supaya nanti waktu nak bayar tak ada la masalah tak cukup duit. Tak perlu pun sampai berbuka dekat restoran mahal, cukup dekat tempat makan biasa pun okay. Asalkan korang berdua setuju dengan tempat yang dah ditetapkan.

JANGAN MAIN PHONE

Sumber gambar: https://blogs.blackberry.com/2015/11/5-tips-to-make-peace-with-your-smartphone-addiction

Dah la bukan main susah nak tunggu dia ajak keluar, bila dah ada peluang, korang pula sia-siakan dengan asyik main phone. CrushΒ dekat depan mata pun nak scroll social media lagi? Takut itu jadi #IftarDate terakhir korang pulak. At least kalau rasa segan, cuba la ajak si dia bersembang, maybeΒ korang boleh buka topik tentang pengalaman ponteng puasa! Haa, confirm dia ada banyak pengalaman. Hehe!

POTLUCK

Sumber gambar: https://radinfadli.com/eyes-on-me/berbuka-padang-kuantan

Kalau susah sangat nak fikir berbuka dekat mana, why not masing-masing pergi bazar sama-sama then makan dekat tempat terbuka yang memang dikhaskan untuk berbuka puasa. Contohnya macam dekat padang atau dekat area masjid. Baru la meriah sikit kan. Tak perlu susah payah fikir budget dan tempat makan, cukup bawa makanan dan nikmati suasana berbuka bersama orang ramai. Korang pun tak ada la segan sangat bila bertentang mata dengan dia. Lepas habis makan tu, ajak la si dia solat sekali, baru la #RelationshipGoals.

Simple je kan untuk set up #IftarDate dengan si dia. Kalau korang ada perancangan yang tersusun, confirm acara berbuka korang berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Sebelum tu jangan lupa minta izin parents untuk keluar berbuka dengan si dia ya. Good luck!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Orang Gastrik Tak Boleh Berpuasa?!

Jom Cuba Cara Fun Untuk Berhubung Dengan Dia…