in ,

Berapa Modal Yang Diperlukan Peminat K-Pop: Beli Album, Tiket Konsert dan Lain-lain?

Sumber gambar: wikipedia.org/wiki/List_of_fandom_names

Untuk pengetahuan orang ramai, sebenarnya nak jadi seorang peminat muzik K-Pop yang paling hebat memang memerlukan banyak effort dan modal. Walaupun, mereka yang minat K-Pop ini tidak semua dari kalangan yang sudah bekerja tapi ada sahaja yang masih bersekolah macam korang ini pun dah pandai cari duit sendiri semata-mata nak jadi seorang peminat yang mampu dapatkan apa yang mereka nak supaya boleh rasa dekat dengan idola korang. Dan jom kita tengok, sebenarnya berapa banyak modal yang diperlukan untuk jadi peminat K-Pop yang tick banyak dalam list mereka.

KUOTA INTERNET

Sumber gambar: dailymail

Kalau korang nak antara perkara pertama yang paling penting adalah kuota internet. Ini sebab untuk korang tengok Vlive mereka, nak layan Instagram Story mereka, belum lagi itu korang nak download beberapa episod variety show yang idola korang ada. Bukan setakat itu, nak tahu bila tarikh-tarikh penting schedule mereka keluar acara mana pun mesti korang nak tahu dengan cepat kan? Jadi semua itu memerlukan internet yang laju dan dengan lebih kurang harga pakej internet postpaid yang ada di Malaysia ini ratanya dalam harga RM 40 ke RM 100 untuk satu bulan. Itu untuk mereka yang rumahnya tiada WIFI, kalau ada lagilah mahal kan? Woah! Okay baiklah jom kita tengok apa lagi…

ALBUM

Sumber gambar: emily

Untuk satu album sahaja biasanya akan dijual lebih kurang RM 70 dan keatas. Bukan itu sahaja, kalau korang minat K-Pop biasanya mereka ini suka produce album dengan banyak version yang mana akan membuatkan tangan korang gatal sangat nak beli kesemua versi album mereka tau! Jadi bayangkan kalau satu album ada empat versi korang darab RM 70 itu dengan empat jadilah RM 280 kan? Belum lagi termasuk harga kos pos penghantaran yang akan dikira mengikut setiap 500 gram dari Korea itu. Hmm, kiralah sendiri. Hehe!

OFFICIAL MERCHANDISE 

Sumber gambar: laura friedman

Official merchandise adalah barang yang betul-betul direka khas oleh agensi mereka. Contohnya, BIG HIT untuk BTS, SM Entertainment untuk NCT, EXO, RED VELVET dan lain-lain. Agensi akan mereka bentuk barang contohnya seperti, lightstick, baju ke dan lain-lain khas untuk peminat. Nak tahu tak agak-agak berapa modalnya disini? Lebih kurang RM 100 ke atas tapi memang berbaloi kalau korang beli sebab yang dari agensi biasanya memang paling berkualiti!

FANSITE MERCHANDISE

Sumber gambar: hellokpop

Bagi fansite merchandise pula, biasanya mereka akan produce barang berbentuk seperti photobook, DVD, kalendar, kipas dan banyak lagi! Dengan kualiti yang terbaik yang selalu mereka berikan pada korang, biasanya harga dari fansite merchandise berharga dari RM 40 ke atas. Ia tergantung dengan barang jenis apa yang korang beli. Apa yang pasti, paling mahal pun kalau ikut harganya di Malaysia ini ada dalam lebih kurang RM300 bagi yang paling mahal lah. Sanggup ya korang?! Haha! 

TIKET KONSERT

Sumber gambar: amber

Harga untuk tiket konsert K-Pop memang tak pernah nak murah! Biasanya paling murah pernah jumpa pun lebih kurang RM 200 itu pun korang duduk jauh nun disana yang jauh dari pentas dan mungkin perlu bawa teropong. Kalau untuk tiket Rockzone dan VIP pula, biasanya boleh mencecah dari harga RM 600 ke RM 1000 tergantung dengan artis K-Pop mana yang korang minat. Hmm, macam Zoe minat BTS ini mesti harga tiket dia RM 1000 ke atas kan kalau nak berdiri betul dekat dengan stage. Uish! Dahsyat! Kena kumpul duit sekarang ini juga! Hehe!

Memang untung kalau kita ini salah seorang dari peminat yang betul-betul kaya! Korang team mana rich fans ke broke fans? Kalau Zoe broke fans! Haha! Korang yang tak mampu itu boleh saja kalau tak dapat salah satu dari yang Zoe nyatakan ini. Cukup saja korang sokong mereka dengan sepenuh hati pun tak apa, tak salah pun, tak pernah salah. Sebab idola korang mesti akan sayang juga korang sama rata. Tapi kalau korang rajin usaha, boleh saja korang nak merasa semua benda ini dan ingat dahulukan mana keperluan korang dan fikir banyak kali untuk kehendak okay! Macam yang K-Pop ini, Zoe rasa lebih kepada kehendak saja ini.

Pssst! Kalau tak dapat beli original merchandise, korang print sendiri gambar idol korang dalam photobook! SuperDeals ada tawaran hebat yang korang tak boleh lepaskan! Klik link sini untuk beli!

What do you think?

-43 points
Upvote Downvote

Comments

Komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

10 Minit Paling ‘Ouch’ Buat Sharifah Rose

Bila Minat Dekat Artis, Benda Ni Yang Kita Akan Buat…