in ,

Berapa Lama #DudukRumah Akan Berterusan?

Sumber gambar: optionstheedge.com

Seminggu, dua minggu, tiga minggu dan empat minggu… Lama lagi ke Covid-19 nak habis? Tak sabarnya nak menjalani kehidupan macam bulan lepas.

Saat ini semua orang rasa rindu dengan aktiviti mereka pada bulan lepas yang mana semua bebas ke mana-mana. Tak ada roadblock, tak ada rasa takut nak shopping. Sekarang ini semua benda tak boleh nak dibuat. Korang rasa bila agaknya Covid-19 akan habis? Sebenarnya virus ini boleh dihentikan sekiranya kita semua peka dan dengar dengan arahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pihak berkuasa.

STAY AT HOME

Agak-agak kenapa semua orang berkempen dengan hashtag #StayAtHome atau #DudukRumah? Actually semua itu untuk memutuskan penularan wabak Covid-19 ini. Boleh jadi kalau seorang individu itu dijangkiti dengan Covid-19, dia akan terjangkit dengan orang lain sekiranya dia berhubung dengan orang lain. So kalau kita duduk je dekat rumah, wabak Itu takkan menular ke orang lain which is hanya di dalam rumah sahaja. Tak dinafikan ia juga membahayakan anggota keluarga yang lain. That’s why kalau korang ada rasa tak selesa badan, cepat cepat rujuk ke hospital ya.

PESAKIT TERMUDA

Dalam berita minggu lepas, ada seorang bayi dikatakan merupakan pesakit Covid-19 termuda di Malaysia yang mana dia hanya berusia 12 hari sahaja. Kesiannya baby itu, baru je tengok dunia terus positive Covid-19. Baby tersebut merupakan pesakit termuda bagi gelombang kedua manakala waktu gelombang pertama sebelum ini, pesakit termuda ialah berusia empat tahun. Harap-harapnya baby tersebut dah sembuh, tak sanggup bila dapat tahu yang pesakit Covid-19 ini tidak dibenarkan dilawat oleh ahli keluarga.

GELOMBANG KETIGA

Baru-baru ini, negara kita kecoh pula dengan ura-ura mengatakan bakal terjadinya gelombang ketiga Covid-19. Semua itu akan berlaku sekiranya melihat semula jumlah rakyat Malaysia yang telah bercuti ke luar negara ketika awal bulan ini. Semua itu mungkin boleh terjadi sekiranya ada rakyat Malaysia yang masih ingkar lagi dengan arahan pihak berkuasa. Akan tetapi, Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, ada mengeluarkan kenyataan menafikan gelombang tersebut. At the same time, kita juga perlu terus memastikan untuk mendengar arahan pihak berkuasa. Mungkin kalau kita patuh dengan segala arahan yang diberikan, takkan berlakunya gelombang terbesar ini lagi.

TIADA BAZAR RAMADHAN

Korang mesti paling terkejut dengan statement ini yang tersebar meluas di social media baru-baru inikan? Jangan risau, itu ialah berita palsu dan berita itu telah disahkan sendiri oleh berita. Memang betul di Negeri Sembilan dan Terengganu akan dibatalkan bazar Ramadhan pada tahun ini demi keselamatan semua orang. Tapi korang yang berada di negeri lain nak pergi bazar tahun ini? Apa yang perlu kita buat ialah duduk je dekat rumah selama tempoh RMO ini. Ada juga ura-ura mengatakan kononnya kita akan alami tempoh RMO selama enam bulan. Tapi berita itu ialah berita palsu kerana ia hanyalah tanggapan orang tertentu sahaja.

Sama-sama kita berdoa supaya wabak Covid-19 ini akan berhenti sebelum kita sambut Hari Raya Aidilfitri. Korang mesti nak beraya ke rumah sedara-mara betul tak? Takkan nak beraya melalui video call je? Apa yang penting, dengar arahan!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Pop Idol Lelaki Yang Dikatakan Lebih ‘Cantik’ Dari Perempuan

Cara ‘Gurau Manja’ Dengan Kawan Yang Boleh Korang Cuba