in ,

Benda Wajib Bawa Ke Sekolah Waktu Hari First

Sumber gambar: Murai.my

School is coming, say goodbye to school holiday! Get ready untuk ke sekolah pada tahun baru!

Fuhhh pejam celik pejam celik dah pun habis cuti sekolah. Esok last cuti, lusa dah kena masuk sekolah. Dah ready nak jumpa BFF, banyak benda nak di-bawangkan ni dengan mereka semua. Tak masuk lagi excited nak usha crush dekat kelas sebelah, tapi tu pun kalau kelas masih sebelah lagi. Barang sekolah semua pun dah ready, tunggu nak bersiap ke sekolah je ni. Hmm tapi sebelum ready ke sekolah, korang kena bawa benda penting ni tau. Kalau tertinggal memang tak lengkap la first day sekolah korang! Jom check it out apa la agaknya benda ‘wajib’ yang korang kena bawa Khamis ni!

SEGALA MACAM BORANG

Image result for daftar asrama
Sumber gambar: SMK Penanti

For those yang sekolah asrama, rasanya esok korang dah kena balik ke asrama kan? Semua barang mesti dah prepare since minggu lepas. Tapi jangan lupa sekali bawa semua borang yang diperlukan waktu daftar nanti. Contohnya borang masuk asrama, buku teks, resit bayaran dewan makan, resit bayaran asrama semua la yang berkenaan. Mesti sebelum cuti sekolah haritu cikgu dan warden dah pesan untuk bawa semua borang tu kan? So make sure semuanya lengkap dan double check malam ni sebelum gerak ke asrama esok. Buatnya tertinggal dan tak cukup borang tu, confirm korang kena bebel dengan parents dan dengan cikgu sekali. Simpan je semua tu dalam satu file yang sama supaya nanti senang korang nak cari.

HARI FIRST PUN KENA MENULIS

Image result for aesthetic stationery
Sumber gambar: Aminoapps

Jangan ingat first day sekolah korang tak perlu belajar tau. Korang bukannya baru nak masuk form 1 yang kena orientasi dekat dewan sekolah. Untuk pelajar lama, korang memang akan terus belajar walaupun hari first sekolah. Tak ada alasan cikgu tak masuk atau apa sebab first day la semua orang ada. Kalau dah kena belajar mesti la kena bawa stationary kan? Mesti korang ingat first day boleh enjoy main-main merayau satu sekolah kan? Hehe! Kan dah 2020, takkan stationary pun malas nak bawa? Tapi rasanya bukan setakat stationary je yang korang kena bawa, buku nota pun kena juga tau. Ye la, walaupun hari first mesti nanti akan ada guru kelas yang akan masuk ke kelas korang untuk bagi taklimat dan jadual kelas korang. Tapi biasanya lepas rehat la baru cikgu masuk sebab pagi tu mesti mereka kena settle banyak benda dekat pejabat guru.

BAWA BERSABAR SIS SEKALIAN

Image result for perhimpunan sekolah
Sumber gambar: Apakataorang

Ya, tahu dah lama sangat tak jumpa kawan-kawan korang tu. Sebulan cuti sekolah, sebulan tu juga la tak dapat nak jumpa. Tapi tak bermaksud korang boleh buat hal sendiri tanpa hiraukan yang hari tu ialah hari first day sekolah! Bukan main enjoy dan seronoknya berborak sampai tak peduli pengetua tengah bagi ucapan dekat depan. Orang lain beratur ikut kelas, tapi korang boleh pula buat barisan tambahan dekat belakang tu semata-mata untuk bersembang ya, haha! Nakal betul tau korang ni buat hal. Jangan sampai excited sangat korang buat macam tu ya, bawa bersabar semua. Nanti waktu rehat korang boleh bersembang sepuasnya, taknak makan pun tak apa terpulang la. Tapi jangan la sampai tak hiraukan cikgu dekat depan tu ya.

BAWA DIRI JANGAN TINGGALKAN DEKAT RUMAH

Image result for pelakon pakai baju sekolah
Sumber gambar: Iluminasi

Semua benda dah check untuk bawa tapi sekali diri sendiri tertinggal dekat rumah, lupa nak ikut pergi sekolah, haha! Jangan sampai korang terlupa nak ke sekolah pula ya hari Khamis ni. Esok bila nak tidur, set dalam kepala yang korang kena bangun awal untuk ke sekolah sebab cuti sudah habis bro! Sempena tahun 2020 ni, korang kena la bersemangat sikit ke sekolah! Kita jadi better person berbanding tahun 2019 ni ya. Jadi extra rajin sikit bila belajar tu supaya nanti dapat keputusan yang cemerlang!

Apa pun Ainaa nak ucapkan good luck dekat korang semua yang akan ke sekolah hari Khamis ni. Tak kisah la sama ada korang sekolah biasa atau sekolah asrama sekali pun. Pelajar baru atau pelajar lama, sekolah baru atau sekolah lama. Tapi untuk tahun 2020 ni, kita kena jadi orang yang baru okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments