in ,

Benda Viral Yang Terjadi Sepanjang PKP

Sumber gambar: Pinterest / Twitter @raihanaroslan

Apa? PKP akan dilaksanakan semula?! OMG biar betul??

Tak patuh dengan arahan SOP, tiada penjarakan sosial, tak pakai face mask bila berada di tempat awam, tak terkejut kalau kerajaan umumkan PKP semula. Kita masih belum menang lagi dalam ‘peperangan’ bersama dengan Covid-19 ini. Selagi ada kes, selagi itu kita masih lagi perlu berjaga-jaga. Tapi sekarang ini nampaknya semua dah bergerak bebas macam Covid-19 tak pernah ada.

Boleh jadi juga kita akan kembali seperti PKP fasa 1 dulu. Korang ingat tak apa yang terjadi sepanjang PKP fasa pertama? Alaa, part yang semua orang terus jadi kreatif, pandai memasak dan cungkil bakat terpendam. Apa kata kita throwback sikit memori viral waktu PKP fasa pertama, mana tahu ada yang rindu…

DEMAM DALGONA COFFEE

@dirtyteeteeKinda late but it’s really good 🤓💗 ##tiktokmalaysia ##foryoupage♬ Filter – BTS

Sana sini semuanya bercakap tentang dalgona coffee sampai sekarang ini ada kedai yang masukkan minuman tersebut dalam menu kedai mereka. Ingat lagi tak waktu korang bersusah payah buat air dalgona coffee dengan menggunakan Nescafe dan campuran gula? Waktu tu semua orang dah boleh jadi barista ya kawan-kawan. Mana yang tak pernah turun dapur buat air sendiri terus jadi barista terunggul dekat rumah dengan air dalgona coffee dia tu. Mujur Ainaa tak termasuk dalam golongan yang terjebak dengan demam dalgona.

HELLO, MASAK APA HARINI?

Sebelum ini bukan main payah nak nampak muka dekat dapur, asal panggil ke dapur je terus migraine. PKP punya pasal, muka yang jarang nampak tolong dekat dapur pun boleh jadi orang tetap yang ada dekat dapur ya. Maklum la, nak masak sambil upload dekat social media kan. Bila dah hari-hari memasak dekat rumah, sampaikan dah tak ada idea nak masak apa lagi untuk esoknya. Mangsa yang kena ulang alik ke kedai untuk beli bahan masakan ialah tidak lain tidak bukan, mesti la adik korang tu.

DECO SANA SINI

@dirtyteeteeKinda late but it’s really good 🤓💗 ##tiktokmalaysia ##foryoupage♬ Filter – BTS

Waktu biasa bilik tu bukan main bersepah sampai nak cari tudung pun tak jumpa, PKP punya pasal semut pun boleh nampak tengah berkawad dekat lantai. Buka sahaja dekat Facebook, bersepah sana sini orang share aktiviti mereka menghias rumah dan bilik. Bosan punya pasal dekat rumah sampai habis ditukarnya kedudukan perabot dalam bilik. Korang tergolong dalam golongan ini tak?

BAJU KELAWAR VIBES

Mak, ayah, kakak, abang, adik mahupun atuk dan nenek semua pakat pakai baju kelawar dekat rumah. Selesa katanya pakai baju kelawar siap ada angin masuk dari bawah kain pula. Siap ada yang viral asyik pakai baju kelawar mak dia je. Korang tergolong sekali tak ni?

ONLINE SHOPPING TIME

Shopee, Lazada, IG shop, Facebook shop, Twitter shop, website shop dan bermacam-macam lagi shop korang mampu lakukan sepanjang PKP haritu. Sampaikan syarikat pos barang pun ‘dilanda banjir’ dengan barang pembelian pelanggan. Segala macam syarikat penghantaran barang mengalami masalah barang overload dekat hub sampaikan ramai customer mengadu barang mereka lambat delivery ke rumah. Macam mana tak lambat kalau satu alamat je dah ada sampai 10 barang shopping? Rindu pula waktu tu sebab tak pakai banyak duit, duduk je dekat rumah boleh la nak online shopping, hehe!

MAKAN, TIDUR, TENGOK PHONE DAN REPEAT

@lunariamyAsyik repeat ni je kat rumah. Korang pulak? 😩 ##coronavirus ##dudukrumah ##tiktokviral ##tiktokmalaysia ##cznburak ##foryourpage♬ Outro : Ego – BTS

Ini ialah aktiviti ‘wajib’ setiap orang waktu PKP lagi-lagi anak muda macam kita semua ni. Nak pergi sekolah tak boleh, apa yang mampu hanya la tidur, makan dan main phone sahaja la. Mak nak marah pun tak boleh sebab satu family pun jadi macam tu. Kebanyakan korang mesti ambil part main phone dan tidur kan? Atau tergolong dalam geng kaki makan sahaja sepanjang PKP?

JADI BURUNG HANTU

Orang tidur waktu malam, korang tidur waktu pagi. Orang lain berjaga, korang tidur, orang lain tidur dan korang pula berjaga. Maka bermula la episode menjadi burung hantu secara berjemaah dalam rumah. Layan drama Korea sampai berpuluh episode, end up selepas Subuh baru tidur. Arghh rindunya nak movie marathon!

Korang semua sanggup ke kalau PKP dijalankan semula? Takkan la kita nak repeat semula aktiviti ni? Akan terjadi la Dalgona Coffee 2.0 nanti! Kalau korang semua taknak ia terjadi semula, apa kata kita mulakan semula langkah penjagaan kesihatan. Pakai face mask, gunakan hand sanitizer, cuci tangan pakai sabun, amalkan penjarakan sosial, patuh SOP dan banyak lagi la! Jangan biarkan Covid-19 menang, kita pasti memang!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perkataan Slang Baru Yang Korang Harus Tahu

K-Pop Idol Yang Layak Bawa Antagonis Dalam Drama