in ,

Benda Lain Pun Kena ‘Puasa’ Juga Ke?

Sumber gambar: https://lightupmirrors.com/blog/hush-hush-beauty-secrets/

via GIPHY

Salam Ramadhan #Lunagirls semua. Macam mana first day puasa? Still ada tenaga tak? Since kita still lagi dalam minggu pertama berpuasa, mesti korang rasa excited kan, ke korang dah tak sabar nak raya? Hihi. BTW, bulan puasa ni kita bukan je setakat puasa makan dan minum tau tapi actually ada a few ‘puasa’ lain yang perlu kita amalkan selama sebulan ni which is…

MEDIA SOSIAL

Sumber gambar: https://www.newsx.com/world/no-social-media-access-for-britons-under-13

Waktu bulan puasa ni benda yang paling ditunggu-tunggu ialah berbuka puasa dan solat tarawih! Korang perasan tak every time dah habis waktu solat tarawih, belambak Tweet dan IG story siap dengan #DoneTarawih #DoneBerbuka #DoneSolat. Kadang-kadang kita ni kena juga puasa social media sebab dekat dalam tu ada banyak benda yang boleh buat pahala puasa kita kurang, antaranya bila ada benda viral berlaku, confirm mulut tu rasa nak mengumpat. Why not korang cuba isi masa dengan aktiviti yang lebih berfaedah okay?

MEMBAWANG

via GIPHY

Bercakap tentang orang lain ni memang seronok, lagi-lagi kalau dapat spill the tea tentang berita panas. Tapi kalau selalu sangat nak tumpahkan ‘teh’, tak ke rasa bertingkat-tingkat dosa tu? Lagi-lagi bulan Ramadhan ni, kena la kumpul pahala banyak sikit bukannya kurangkan pahala. Korang kena la tahan sikit diri tu daripada godaan kawan-kawan keliling yang nak ajak membawang. Kalau dah nampak gaya diorang dah nak mulakan ‘kelas membawang’, korang jauhkan diri atau buat-buat sibuk supaya pahala puasa masih maintain.

USHA CRUSH

via GIPHY

Dah nama pun perempuan, kadang-kadang mesti ada sikap gatal tu kan. Dah 11 bulan korang asyik usha or stalk crush, cuba biasakan diri puasa daripada buat benda tu semua. Sebulan je girls, tak lama pun korang kena elakkan daripada terlampau banyak fikir tentang diri si dia. Takut bila banyak sangat teringat dekat dia, fokus bulan Ramadhan korang pun akan tersasar jauh. Bulan puasa ni kita bukan je tahan nafsu lapar dan dahaga tapi termasuk juga tahan nafsu daripada benda melalaikan which is teringatkan crush 24 jam.

DATING

Sumber gambar: http://coup-de-belier.com/vuxvux-no-dating/

Ehemm, haritu before bulan puasa dah dating dengan boyfriend puas-puas ke belum? Ha, kalau tak sempat, jangan bersedih okay sebab korang boleh je plan berbuka puasa sama-sama. Tapi kalau boleh, try la kurangkan dating tu. Macam mana caranya? Okay let say if before this seminggu, tiga kali korang dating, this time cuba kurangkan dalam seminggu sekali or dua kali je? Ye la, bila dah puasa, dekat mana je korang nak pergi dating kan? Daripada buang masa sakit kaki berjalan dekat mall tu, baik ajak si dia join kelas tazkirah atau mengaji dekat masjid. Hehe! Baru la #RelationshipGoals kan?

Setahun sekali je kita sambut bulan Ramadhan ni, apa salahnya kalau kita penuhkan masa dengan buat kebaikan. At least tak ada la terasa sangat lapar dan dahaga tu. Selamat berpuasa korang semua!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Kata Pakai Spek Mata Tak Boleh Pakai Make Up?

Bila Perfume Tak Tahan Lama, Apa Kena Buat?