in ,

Benda² Korang Boleh Cuba, Bila Dah Bosan Sangat Duduk Rumah

Sumber gambar: channel-korea.com

Dah berapa minggu cuti sekolah ni. Tak ada buat apa-apa aktiviti sangat, boleh tahan bosan juga duduk rumah ni. Haihh cepat la masuk sekolah, dah tak sabar nak sekolah pula rasanya ni.

Laa, takkan cuti sekolah pun rasa bosan juga ni? Bukan korang semua suka sangat ke bila cuti ni? Macam-macam aktiviti boleh buat tau cuti sekolah ni. Takkan la sampai dah rasa bosan dan terus tak sabar nak masuk sekolah dah? Ni mesti kes parents tak dapat cuti kan? Alaa, it’s okay girls, korang kena faham yang parents kita tu tengah cari duit untuk kita juga. So since korang dah bosan sangat duduk dekat rumah, kami nak teka sikit benda yang korang buat bila lama sangat melepek dekat rumah, haha! Confirm ada yang buat macam ni kan?

MASUK TWITTER, SINGGAH IG, REPEAT

Haaa, siapa macam ni? Punya la bosan sangat kehidupan sempena cuti sekolah ni, korang pun dah pecah kepala tak tahu nak buat apa. Akhirnya main phone, scroll Twitter, Instagram, Youtube, Facebook lepastu singgah Netflix kejap tengok movie. Tak lama lepas tu repeat benda yang sama sampai la bosan. Alaa, bukan korang je macam tu, kami pun kalau waktu weekend tak ada apa-apa aktiviti confirm akan buat macam tu, haha! Kadang-kadang sampai scroll banyak kali walaupun dah takde tweet baru. Dah macam pergi percutian dah keluar masuk dari satu tempat ke tempat lain, haha!

CUBA BERBAIK DENGAN ADIK BERADIK

via GIPHY

Selalu asyik bergaduh je bila bertembung. Duduk depan TV je confirm berebut remote sampai salah seorang terpaksa mengalah sebab dah fed up sangat. Tapi since korang dah tak tahu nak buat apa dah dekat rumah, korang pun decide untuk berbaik dengan adik-beradik yang lain. Confirm la mereka akan terkejut dengan perubahan korang tu. Benda dah bosan sangat la tu sampai dah penat bergaduh, tu yang berbaik je dengan semua adik-beradik, haha! Hmm, rasanya elok je kot kalau berbaik. Atleast tak ada la scene berebut remote dah lepas ni. Korang pun dah tak payah nak rasa sakit hati je sebab asyik kalah bila bergaduh dengan adik-beradik yang lain.

BOSAN BANGUN LAMBAT, JOM BANGUN AWAL

Image result for kemas rumah
Sumber gambar: Amazingnara

Fuhh, lepas Subuh je terus pergi mandi dan siapkan breakfast untuk family. Ni bukan tahap bosan sangat ni, ni dah sampai level terlebih rajin. Sekali pakej kemas satu rumah sampai satu habuk pun dah malas nak lepak dekat rumah korang dah. Kalau buat macam ni bukan setakat rumah je bersih, mak korang pun kurang membebel sebab tak perlu nak kejut bangun dan suruh kemas rumah. Ini satu impak positive juga walaupun dah bosan sangat duduk dekat rumah tu, haha! Boleh je korang ajak adik-beradik yang lain ikut kemas rumah tu sekali, tak ada la korang buat seorang diri. Lagi best kalau buat ramai-ramai, meriah tau geng!

BAWAK-BAWAK LA CARI KERJA PART TIME

via GIPHY

Haaa, tunggu apa lagi? Pergi la cari kerja part time, tak ada la korang bosan sangat duduk dekat rumah tu. Tapi for those yang masih bersekolah, rasanya dah tak cukup masa kot korang nak cari kerja part time dah. Lagi beberapa minggu je dah nak masuk sekolah ni, baik teruskan je duduk rumah tapi cari la solution lain supaya tak rasa bosan sangat. Pada yang dah habis SPM, sementara nak tunggu result bulan March tu nanti, boleh la cari kerja part time. Banyak tau kerja kosong untuk part time. Tak ada la bosan duduk rumah, duit pun masuk. Nanti dah dapat duit gaji boleh la pergi dating. Ehh, simpan la juga jangan habiskan semuanya pergi dating. So tunggu apa lagi? Pergi keluar sekarang dan bersiap cari kerja.

Kami rasa yang first tu memang relate sangat dengan korang kan! Siapa je yang tak bosan kalau cuti lama-lama dan hanya duduk dekat rumah je? Mesti la nak buat aktiviti supaya masa kosong tu terluang kan. Buat je apa-apa aktiviti asalkan tak memudaratkan diri korang atau orang sekeliling. Enjoy your school holiday!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Bahaya Tak Tidur Berhari-Hari, No. 4 Paling Seram!

Rutin Pagi Yang Wajib Korang Elak!