in ,

Belajar Bahasa Korea Dengan Netizen Di Twitter

Sumber gambar: review.bukalapak

Ha? Belajar Bahasa Korea dekat Twitter? Boleh ke belajar dekat situ? Macam main-main je, tah ya tah tidak boleh belajar melalui Twitter?

Korang perasan tak semenjak dua tiga hari lepas banyak twit bergambar lalu dekat timeline Twitter korang. Then yang kelakarnya twit tersebut ialah twit tentang cara untuk belajar bahasa Korea. Wah, belajar bahasa Korea dekat Twitter je kan sekarang ni, betul-betul teknologi di hujung jari ni.

Tak dinafikan segala content dekat Twitter ni memang agak menghiburkan. Bak kata netizen sekarang ni, ‘dak dak Twitter jarang menghampakan’, haha! Korang pun mesti setuju dengan kata-kata tu kan? Buktiknya sekarang ni kita dah boleh belajar bahasa Korea melalui di Twitter sahaja.

Korang ingat tak dulu waktu kita kecil-kecil, ada kamus bergambar? Bila baca je kamus bergambar tu, laju je kita nak ingat nama sesuatu benda tu kan? Sama la macam cara belajar bahasa Korea dekat Twitter ni, hanya dengan menggunakan gambar, kita boleh teka perkataan Korea yang ingin disampaikan. Cool kan? Tapi cara ni untuk belajar basic je la, perkataan yang korang selalu dengar bila tengok Kdrama, haha!

Tapi Ainaa rasa cara ni berguna juga tau sebab kita boleh ingat sesuatu perkataan dengan lebih mudah. Biasa la kalau ada gambar ni, cepat la sikit kita nak ingat sesuatu benda tu kan. Cuma kadang-kadang mungkin kita akan tersalah teka jawapan bagi gambar yang diberikan, tapi rasanya korang mesti boleh je teka, berapa banyak pula Kdrama yang korang tengok selama ni kan? Haha!

Lawak tau bila tengok semua gambar yang mereka share ni, semuanya mudah diteka sekiranya korang memang kaki layan Kdrama. Ainaa sendiri ada beberapa yang was was nak teka sebab jarang kan tengok Kdrama, kalau perkataan basic tu boleh la nak teka dengan senang. Cuma tak sangka tahap kreative rakyat Malaysia ni berada di tahap luar kotak.

Ha, cuba korang teka yang ni… Boleh jawab tak agak-agak? Ainaa pada mulanya asyik fikir buah melaka? Onde-onde? Apa benda ni? Nak teka pun macam tak tahu je jawapannya? Biasa dengar kalau orang Korea cakap ‘tidak’ ialah buntinya macam ‘andeee’. Tapi ni onde-onde, ha kali ni agak susah nak teka ya. Korang mesti faham kan? Haha!

Sekarang ni kan kita memang dah boleh belajar macam-macam benda dekat internet. Bukan setakat dekat Twitter je korang boleh belajar bahasa Korea atau bahasa yang lain, even sekarang pun ada ada banyak sangat blog yang dicipta untuk memudahkan kita belajar bahasa asing. Itu merupakan salah satu cara pembelajaran yang paling murah dan mudah since sekarang ni kita tidak dibenarkan untuk berkumpul atau menghadiri sebarang majlis, so nak pergi join kelas bahasa pun tak boleh.

Nak atau taknak kena belajar dekat internet je la. Even dekat Youtube pun ada ramai orang yang menyediakan video tentang cara untuk belajar bahasa asing, bukan setakat bahasa Korea je tau. Kalau belajar dekat Youtube ni senang sikit sebab kita sendiri boleh dengar macam mana untuk menyebut sesuatu perkataan tu sendiri. Kalau setakat baca je, risau juga kalau kita salah sebut dan akhirnya dapat maksud yang berlainan.

Lepas ni kalau dah pro bahasa Korea, boleh la tengok Kdrama tanpa baca subtitle kan? Korang sendiri boleh translate dekat kawan-kawan yang lain, haha!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Bercukur Untuk Girls Supaya Tak ‘Cedera’

Jarak Umur 17 Tahun Tidak Halang Harris Alif dan Intan Ladyana Bercinta?