in ,

Belajar Bahasa Korea Dengan Mudah Dengan TikTok Famous Ini!

Sumber gambar: tiktok.com

Perasan atau tidak, sekarang ini sejak ramai yang minat dengan K-Drama, muzik K-Pop, budaya Korea, makanan Korea dan lain- lain. Ramai yang tertarik untuk belajar dan cuba berusaha sebaiknya untuk belajar bahasa Korea. Bukan setakat itu sahaja, ramai juga yang memang sudah fluent dan bercakap seperti native speaker seperti di Korea yang mana sampai orang Korea pun suka dengan korang yang memang dah hebat bertutur dalam bahasa Korea. Untuk korang yang masih belajar itu, korang mungkin boleh cuba belajar dengan para Tiktok famous yang memang berasal dari Korea ini sebab mereka boleh ajar korang berbahasa Korea dengan cara yang paling mudah!

@KOREANHOON

@koreanhoonPlaying Cham-Cham-Cham with little sisterπŸ˜‚ who’s down to play this game?πŸ˜„β™¬ original sound – Korean Hoon

Kalau korang nak belajar asas bahasa Korea semasa berbual dengan kawan-kawan atau keluarga. Korang boleh cuba tonton semua video Tiktok @koreanhoon sebab di situ. Dia akan ajar korang cara nak bertanya soalan yang boleh dibualkan dalam perbualan harian, cara mengira, bulan dan lain-lain.Β 

@JFROMKOREA

@jfromkoreaIts fun in Korean = Jae mi dda ##studykorean ##koreanstudy ##korea ##kpop ##kdrama ##southkorea ##learningkorean ##koreanboy ##seoul ##oppa ##korean♬ μ˜€λ¦¬μ§€λ„ μ‚¬μš΄λ“œ – Jay & Jacob

Macam @jfromkorea pula, mereka adalah sekawan yang akan ajar korang bahasa Korea dengan satoori atau aksen dari negeri yang ada dalam Korea seperti contoh Seoul, Busan dan Daegu. Woah! Memang menarik bukan?! Sebab kalau ikut kata para peminat industri hiburan Korea, mereka sangat suka dua satoori ini kerana nampak sangat seksi. Ha! Untuk korang yang rasa nak belajar satoori Korea, bolehlah follow Jay dan Jacob ini!

@SOO_KOREAN

@soo_koreanWhat do you wanna DO?I know grammar vids don’t get much views and likes but I will continue for my students##koreanlesson ##learnkorean ##koreanlearner♬ μ•„λ¬΄λ…Έλž˜(Any song) – 지코 (ZICO)

Soo_korean ini pula, dia adalah antara yang multilingual dan memang seronok kalau korang belajar bahasa Korea melalui Tiktok dia sebab korang akan belajar banyak korean slang yang digunakan oleh generasi muda zaman sekarang. Korang juga akan dapat banyak tips jaga kulit ala orang Korea tau! Memang seronok sebab lagi satu dia ini memang cantik sangat!

@CHRISPYNUGGETS

@chrispynuggetswhat should the next song be? ##fyp ##foryou ##korean ##kpop ##treasure ##bts ##asian ##μΆ”μ²œβ™¬ treasure korean version – chrispynuggets

Selain dari itu, @chrispynuggets pula akan ajar korang bahasa Korea melalui lagu-lagu popular Tiktok yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Korea. Dia ini memang sangat bersahaja dan kelakar dalam masa yang sama. Chris Park ini sangat fun sebab korang akan mudah rasa interaksi melalui video dia dan korang akan rasa seperti korang sedang berkawan dengan dia. Hehe.

Jadi, selepas ini korang tak ada masalah dah untuk belajar bahasa Korea sebab semua cikgu korang yang di Tiktok ini siap tulis dalam ejaan bahasa Korea lagi supaya korang faham bahasa Korea. Bukan setakat itu sahaja, siap ada yang ajar Busan satoori lagi seperti @jfromkorea. Kalau korang dah tahu cara bertutur bahasa Korea, boleh lah nak berbual dengan kawan-kawan baru dari Korea dengan mudah kan? Dan kalau dapat pergi fan meeting K-Pop idol korang, boleh berborak dengan bias korang dengan mudah. Hehe! Bestnya!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Baru Buka Acc YouTube, Subscribers Nabila Razali Cecah 100K

Jom Break All The Rules Dengan CRAVITY Group Baru K-Pop