in

Siapa Beg Sekolah Sepah Macam Sarang Tikus?

Sumber gambar: Walmart

Hi #Lunagirls! Macam mana tiga minggu sekolah ni? Sakit bahu bawa beg sekolah? Hihi! Mesti dalam beg penuh dengan sampah, kertas yang dah tak pakai, stationary bertabur pula beg.. dah macam tong sampah pun ada juga! Haha! Jom check out tips untuk elakkan beg sekolah korang penuh dengan ‘sampah’.. Hehe!

ASINGKAN BARANG-BARANG

Sumber gambar: Shutterstock

Kalau #Lunagirls seorang yang sukakanΒ stationary, make sure letak dekat dalam bekas pensil setiap kali lepas guna! Jangan campak je terus dalam beg.. sebab benda tu la yang buat beg korang bersepah! Kalau ada bawaΒ stationary yang lain, seperti gunting atau stapler letak dalam satu small pouch lain okay?

KEMAS BEG SETIAP DUA HARI SEKALI

Sumber gambar: stock.adobe.com

Kalau korang tahu beg sekolah tu selalu bersepah, why not try kemas setiap kali korang nak susun jadual sekolah. Cara ni la paling berkesan sebabbeg korang tak ada la bersepah sangat dan akan jadi kebiasaan untuk korang kemas beg sekolah! #Lunagirls akan jadi lebih teratur!

ASINGKAN BAJU DAN BARANG SEKOLAH

Sumber gambar: Sync With Style

Kalaukorang kena bawa baju extra untuk latihan sukan atau PJK, jangan masukkan baju korang dekat dalam beg sekolah dan campur dengan barang sekolah! Cuba asingkan letak dalam tote bag lain supaya tak ada pakaian yang tertinggal dekat dalam beg sekolah nanti!

BAWA BARANG YANG PERLU SAHAJA

Sumber gambar: videohive.net

Ada beberapa sekolah sediakan lockerΒ student untuk boleh simpan buku teks selain tinggalkan dalam laci meja… Bila beg dah kurang berat, jangan pula bawa banyak barang merepek. At least kalau nak bawa barang lain, boleh je selit payung, baju hujan atau botol air! Jangan bawa yang pelik-pelik tau..

Senang jeΒ girls kalau nak beg sekolah kita kemas! Kuncinya ialah… jangan selalu simpan ‘sampah’ dalam beg! Hehe! Kalau korang berjaya kurangkan beg bersepah tu, bagi tahu la dekat LUNARIA okay! Semoga lepas ni bahu korang tak askit lagi bawa beg berat pergi sekolah okay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#10yearsChallenge Versi K-Idol!

Jom Keluar Peluh Hujung Minggu!