in ,

Beg Berat Punca Pening Kepala? Hati- Hati Please!

Sumber gambar: https://www.spineuniverse.com/wellness/packing-pain-study-reveals-new-insights-about-backpack-pain

Aduhh sis, berat betul beg tu! Bawak barang ke bawak batu terus pergi berjalan-jalan?

Girls dengan beg ni memang tak boleh nak dipisahkan. Cuba tengok handbag mak korang, agak-agak berapa kilogram isi dalamnya tu? Kalau boleh semua benda nak letak dekat dalam tu bila setiap kali keluar berjalan. Tapi korang nak tahu tak sebenarnya bila kita bawa beg berat, ia akan effect pada kesihatan. Antara masalah kesihatan yang akan korang alami ialah…

SAKIT KEPALA

via GIPHY

Apa kaitan beg berat dengan kepala? Kaitannya ialah bila otot dekat bahu dan kawasan leher jadi tegang dan kejang sampai akan buatkan rasa sakit dekat bahagian belakang badan dan belakang tengkorak. Sebab tu la lama-lama korang akan rasa sakit kepala dan tengkuk. Mula la pusing-pusing kepala tu sebab rasa lenguh kan.

BADAN RASA TEGANG

Image result for sakit belakang
Sumber gambar

Beg yang berat akan ‘paksa’ otot dan tulang belakang kita bekerja lebih kuat untuk tambung berat tambahan. Effect yang akan korang alami sakit dekat bahagian belakang badan, lenguh-lenguh. Makin berat beg yang korang tampung, makin sakit la belakang tu nanti. Kalau korang jenis suka bawa beg berat, mesti rasa sakit ni dah familiar kan?

BADAN TAK SEIMBANG

via GIPHY

Bila kita bawa beg yang lebih berat, confirm badan akan rasa tak seimbang dan mula la goyang kiri kanan. Once badan tak seimbang, mesti akan terjatuh dekat mana-mana, dah satu hal masalah pula yang jadi. Tak kisah la korang bawa handbag atau beg sekolah galas sekali pun, tetap akan ada rasa tak seimbang pada badan.

PENAT

Image result for tired shopping
Sumber gambar

Seharian dah belajar dekat sekolah, balik sekolah pula kena jalan kaki, dengan beg berat lagi. Jadi double penat la badan tu, dapat pula petang ada kelas tambahan. Macam mana korang nak fokus kalau badan dah rasa penat sebab bawa beg yang berat? Even kalau berjalan dekat mall dengan beg berat pun korang akan rasa cepat penat kan?

Lepasni kalau nak keluar jangan la bawa barang banyak sangat, bawa apa yang penting je lagi elok. Kalau dekat sekolah, tinggalkan sikit buku dekat locker, tak ada la berat sangat beg tu. Ingat, kesihatan ni kena jaga dengan baik.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

K-Idol Baru X1- Flash Ada Wau Bulan!

Masa Untuk Giveaway Patung BTS!