in ,

Bedak Baby Bantu Hilangkan Masalah Kaki Berbau!

ItsMyRayeRaye

Bila sebut sahaja bedak bayi mesti #Lunagirls dah tahu bukan? Sebab bedak bayi adalah benda yang kita pakai dan dah sebati dari kecil sampai ke besar sekarang, tidak kira perempuan dan juga lelaki. Betul tak? Bedak bayi juga murah, besar dan tahan lama. Mudah dapat dimana-mana tak kira supermarket atau pun kedai runcit biasa. Okay jadi kali ini, kami nak kongsi manfaat bedak bayi dalam penjagaan diri kita, lebih lagi cuaca di negara kita ini panas lembab.

PENGGANTI DRY SHAMPOO

via GIPHY

Korang pernah tak bila rambut rasa macam tak selesa, berminyak dan selekeh sebab tak boleh cuci rambut selalu? Kita rasa macam nak potong saja rambut jadi pendek supaya boleh cuci hari-hari. Tak payah risau lagi, sebab kalau korang taburkan saja bedak baby atas rambut dan biarkan beberapa minit dan terus sikat rambut seperti biasa sehingga hilang kesan bedak, rambut korang akan kurang berminyak.. Senang bukan? Hanya gunakan bedak baby sebagai pengganti dry shampoo!

LIPSTICK TAHAN LAMA

via GIPHY

Penggemar lipstick mesti nak lipstick di bibir tahan lama dan outstanding betul tak? Dan biasanya kalau nak lipstick tahan lama, harganya mahal sikit daripada yang kita beli di drugstore. Jadi, sekarang korang dah tak ada masalah untuk buat lipstick tahan lebih lama kalau korang apply bedak baby pada bibir sebelum pakai lipstick. Nanti korang akan nampak hasilnya! 

PENGGANTI DEODORANT

via GIPHY

Fungsi deodorant untuk mencegah badan kita dari berbau. Tapi, kalau takut ketiak jadi hitam disebabkan deodorant, bedak baby adalah penyelesaiannya. Hal ini kerana bedak baby bukan sahaja boleh serap peluh dibahagian tersorok tapi dia boleh melembutkan ketiak kita kalau nak dibandingkan dengan deodorant yang agak sticky. Selain itu, bau bedak baby pun memang segar dan soft sahaja..

TEBALKAN BULU MATA

via GIPHY

Selain vaseline, bedak baby pun boleh menjadi salah satu primer yang buatkan bulu mata lebih tebal. Mesti ada yang pelik kenapa nak kena letak bedak dekat mata, bukankah itu bahaya? Eh! Tak! Bukan! Waktu korang tengah pakai bedak di muka itu, korang letak sikit sahaja di bahagian bulu mata itu selalu. Lama-lama teballah nanti.

ELAK BAU KAKI

via GIPHY

Kalau ada yang alami masalah kaki berbau, apa kata cuba letak bedak dalam kasut untuk hilangkan bau kasut dulu? Lepas itu, sebelum pakai stokin make sure sapu bedak pada kaki supaya ia tidak terlalu berbau dan kalau korang nak tahu bedak ini memang salah satu fungsinya adalah untuk serap peluh yang ada setiap inci celah badan.

Nampak tak sebenarnya hanya dengan menggunakan bedak bayi itu sahaja,kita boleh jaga diri tanpa perlu berbelanja lebih untuk produk-produk tertentu. Dari hujung rambut ke hujung kaki pula itu bedak bayi ini punya function. Lepas ini, bolehlah korang semua siap-siap sediakan bedak bayi dalam beg sebab senang nak bawa kemana sahaja. Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ramai Cair Bila NCT Nyanyi Lagu Cinta Luar Biasa

Woojin Stray Kids Keluar Dari Group?