in ,

Becky G Dan J-hope BTS Bergabung Meletup!

Sumber gambar: https://www.etonline.com/bts-j-hope-busts-a-move-with-becky-g-in-epic-chicken-noodle-soup-music-video-watch-133327

Chicken noodle soup! Chicken noodle soup! With the soda on the side!…

Yeay! Finally! Macam betul jangkaan ARMY waktu J-hope BTS pergi Los Angeles tempoh hari yang dia collaborate dengan Becky G! Dan baru saja hari itu, Big Hit release music video Chicken Noodle Soup dan dah kutip sebanyak lebih dari 21.7 juta views tau! Woah memang hebat kolaborasi kali ini! 

Untuk pengetahuan #Lunagirls, sebenarnya lagu ini bukanlah lagu asal yang dicipta untuk J-hope dan Becky G tapi ia adalah lagu yang mungkin sudah diberi nafas baharu oleh mereka dan penyanyi asal lagu Chicken Noodle Soup ini adalah Webstar, Young B dan AG The Voice of Harlem pada tahun 2006. Woah! Legend betul!

Selain dari itu, dalam Chicken Noodle Soup juga J-hope ingin menunjukkan sisi dirinya yang sebenar lebih dalam passion dia terhadap tarian. Dan kalau korang nak tahu tarian Chicken Noodle Soup itu pun merupakan tarian dari lagu asal dan juga diberi nafas baru oleh J-hope dan dance teacher dia juga! Woah memang hebat!

Apa yang best baru-baru ini juga J-hope ajar ARMY macam mana nak menari Chicken Noodle Soup tau! Woah suka lah BTS ARMY kan? Sebab korang memang dah lama nak J-hope ajar menari dalam Vlive kan? Jadi untung sangat siapa yang sempat tengok Vlive dia ajar itu.

Bukan setakat itu saja, J-hope pun cabar ARMY untuk menari Chicken Noodle Soup yang namanya #CNSChallenge dalam aplikasi TikTok. Apa kata korang pun join sekali? Mana tahu nanti BTS like video #CNSChallenge korang? Confirm, korang seronok sangat! Iya lah, BTS like video korang kut, hehe

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Sihat Pun Buat Berat Badan Naik Juga 😳

Perkara Yang Bakal Buat Boyfriend Malu