in ,

Beauty With Brain! #GirlPower

Sumber gambar: www.youthareawesome.com

Hi korang! Selalu orang ingat jadi selebriti tak perlu belajar tinggi-tinggi, haipp jangan underestimate selebriti tempatan macam tu okay! Kalau #Lunagirls nak tahu, ramai selebriti tempatan berjaya dan dapat gelaran “Beauty with brain” tau! Harini LUNARIA kongsikan senarai selebriti yang korang boleh jadikan salah seorang idola!

NOOR NEELOFA

Sumber gambar: Instagram Noor Neelofa

Selalu paling top dalam carta, tak dapat dinafikan Neelofa ni memang “beauty with brain” sejak sekolah lagi tau! Kalau korang nak tahu, Neelofa dapat straight A’s untuk SPM di MSRM Langkawi dan sambung belajar dalam bidang Business di Sunway College!

DR SOO WINCCI

Sumber gambar: Instagram Dr. Soo Winci

Dr Soo Wincci mempunyai degree in Law and Administration dari United Kingdom tau! Haa bukan biasa-biasa girls! Dan di atas kecemerlangannya, beliau mendapat biasiswa untuk menyambung peringkat doktor falsafah (PHD) di Malaysia! Kini beliau dah ada title “Doctor” wow! Dahlah cantik, pandai, memang layak dijadikan idola!

LISA SURIHANI

Sumber gambar: Instagram Lisa Surihani

 #Lunagirls tahu tak hot mommy, Lisa Surihani kalau tak jadi seorang artis, dia adalah seorang lawyer? Yup! Power kan? Lisa mempunyai degree dalam Perundangan tau! Di atas sebab minat yang mendalam dalam bidang lakonan, Lisa meneruskan career tapi Lisa masih berharap satu hari nanti dia masuk dalam bidang perundangan!

YUNA

Sumber gambar: Instagram Yuna

Ada antara #Lunagirls minat Yuna? Apa lagu Yuna yang jadi favorite korang? Hihi! Haa Yuna nampak fun and chill dalam semua music videonya tapi untuk pengetahuan korang, Yuna mempunyai ijazah dalam bidang Perundangan dari UITM tau! Tak sangka kan? Nama Yuna layak ada dalam senarai idola gadis remaja!

So macam mana #Lunagirls rasa inspired tak dengan senarai tadi? Most of them dari bidang yang mencabar dan berjaya dalam kedua-duannya! LUNARIA harap, korang boleh jadikan mereka sebagai inspirasi dan idola untuk kekalkan semangat belajar dan mencapai cita-cita okay! #Girlpower!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments