in ,

Bazar Ramadan Tutup, Jom Buat Dessert Sendiri!

Sumber gambar: Pinterest.com

Ala! Bazar Ramadhan tak ada, macam mana nak beli kuih muih favorite ni? Tak ada ke makcik jual kuih online? Teringinnya nak makan kuih dekat bazar…

Bukan korang je yang teringin, satu Malaysia tengah teringin dan rindukan makanan dekat bazar Ramadhan ya. Sekarang ni semua tengah akur dengan arahan yang dikeluarkan. Bila tak boleh beli, apa kita nak buat? Jawapannya ialah masak sendiri je la dekat rumah, lagi jimat dan sedap!

Korang mesti ingat nak buat kuih ni sebenarnya susah kan? Jangan salah sangka tau, nak buat kuih ni senang je. Cuma sebab kita nitak confident, memang la jadi susah. Cuba tanya mak korang tu, mesti dia pro buat bermacam jenis kuih muih. Since bazar tak ada, kita kena buat kuih dan dessert sendiri, jom la intai sikit resepi yang ada dekat Instagram ni, mana tahu boleh buat sendiri ke lepas ni?

VIETNAMESS SPRING ROLL

Dekat luar, harga vietnames spring roll ni boleh cecah RM15 untuk lima ketul sahaja ya. Begitu mahal harganya, tapi lagi bertambah berbaloi kalau mahal dan sedap! Nak rasa lebih sedap, kena la buat sendiri kan? Confirm isi padat, rasa sedap dan korang pun berpuas hati. Vietnamess spring roll ni pernah viral last year, waktu tu semua orang nak jual, tapi sekarang korang boleh buat sendiri dekat rumah. Ikut je resepi yang Ainaa share dekat bawah ni, simple je tau.

TAIWANESE SWEET POTATO BOWL

View this post on Instagram

Puasa Day 5 : Taiwanese Sweet Potato Balls . . Bahan2/Ingredients: ๐ŸŒ•350g ubi keledek ungu (350g purple sweet potato) ๐ŸŒ•350g ubi keledek oren (350g garnet/orange sweet potato) ๐ŸŒ•3/4 cawan tepung ubi kayu (3/4 cup tapioca flour) *3/4 cawan ini untuk satu jenis ubi. (3/4 cup for one type of potato) ๐ŸŒ•Air jika perlu (water if required) ๐ŸŒ•Air cincau (grass jelly drink) ๐ŸŒ•kiub cincau (grass jelly cube) ๐ŸŒ•susu cair (evaporated milk) . . . . No prejudice. All materials (excluding music) owned by Rasapop PLT. All characters created are fictional and not associated with any individual or parties. #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #healthy #drink #2020 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #ramadan #puasa #30hari30resepi #sahur #berbuka

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming) on

Nama je dah international, agak-agak macam mana rasanya ya? Nak buat memang nampak mudah, tapi resepi ni agak leceh sikit sebab korang kena uli, potong dan rebus. Tapi itu la gunanya kakak korang dekat rumah tu, kasi je resepi ni dan suruh dia je yang buat. Korang tolong sikit-sikit je dekat sebelah tu. Lagi pun resepi Khairulaming ni ada banyak, kalau korang taknak buat yang ni, korang boleh pilih resepi yang lain. Cuma kali ni kita buat kelainan la, makan dessert oversea, hehe!

TAU FU FA

Biasa kalau pergi pasar malam atau bazar Ramadhan, AInaa memang akan cari tau fu fa! Bukan setakat sedap, manis pula tu rasanya! Ini bila dah tak ada pasar malam dan bazar Ramadhan, nampaknya kena buat sendiri je la kan. Baru-baru ni pun ada nampak ramai orang share resepi buat tau fu fa dengan hanya menggunakan air soya kotak je! Nampak macam senang je kan sebab bahan yang diperluakn pun hanya la susu soya, agar-agar tali dan gula melaka! Cuma Ainaa nasihatkan korang minta tolong orang dewasa juga la. Maklumla, benda yang melibatkan api ni kena la berhati-hati.

CHOCOLATE TRUFFLES

Woww, lain macam namanya? Korang pernah tak tengok video orang Korea makan satu makanan yang seakan-akan mochi tapi bukan mochi. Nama makanan tu ialah chocolate truffles. Nak buatnya sangat mudah guys, korang hanya perlukan dua bahan utama sahaja iaitu serbuk koko dan juga susu pekat! Sebenarnya ada macam-macam cara nak buat chocolate truffles ni, tapi terpulang pada korang nak ikut yang mana satu. Kalau Ainaa mesti la yang paling senang dan menjimatkan masa kan? For those yang tak suka makan makanan manis sangat, korang boleh kurangkan susu. Chocolate truffle ni sesuai untuk korang makan waktu berbuka nanti. Sekali sekala boleh la makan, jangan selalu ya sebab manis sangat. Takut nanti ada yang terkena kencing manis pula.

Dalam banyak-banyak resepi dessert ni, Ainaa paling tertarik dengan chocolate truffles tu. Maklum la, resepi paling senang kan, hehe! Boleh juga makan waktu raya nanti, mana tahu waktu raya nanti PKP dah habis. Boleh la ajak crush datang rumah dan rasa air tangan Ainaa buat chocolate truffles tu, eh?

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Untuk Akak Bawang Berhenti Membawang!

Drama Menarik Tayangan Semula Sempena Ramadan 2020