in ,

Bayt Al-Rahmah Lindungi Gadis Terlanjur

Sumber gambar: LUNARIA

Kata orang “terlajak perahu boleh undur, terlajak perbuatan, buruk padahnya” Tapi Ainaa yakin, kawan-kawan kita dekat Rumah Bimbingan Remaja Hamil Bayt Al-Rahmah sendiri tak pernah minta nasib diorang jadi macam tu. Kalau #Lunagirls nak tau, rumah Bimbingan Remaja Hamil Bayt Al-Rahmah ialah rumah perlindungan yang dibina khas buat gadis muda yang terjebak dengan seks. Anggaran usia penghuni dekat rumah tu pula ialah seawal 17 tahun hingga 26 tahun.

Pada mulanya rumah tu dibina as one stop center untuk kaum wanita yang dianiaya suami which is kena pukul or anything yang melibatkan rumahtangga. Cuma sekarang mereka lebih fokus sebagai rumah bimbingan sebab menganggap ia sebagai satu tanggungjawab sosial awam.

Sumber gambar: LUNARIA

Kata Puan Sakinah which is orang yang bertanggungjawab untuk menjaga kawan-kawan kita dekat sana, cabaran yang paling susah ialah isu kepercayaan. Sebabnya ada a few girls yang dah tamat tempoh selama 6 bulan, mula kembali ke sana atas kesalahan yang sama.

Bukan tu je, bila waktu check up kandungan, ada girls yang berniat untuk larikan diri. Let say if diorang lari juga, pihak rumah bimbingan tak boleh nak buat apa-apa sebab dah dimaklumkan pada parents masing-masing, kalau ada pelatih yang larikan diri, itu di luar tanggungjawab mereka sendiri.

Sumber gambar : LUNARIA

Satu lagi cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak pengurusan ialah komitmen masing-masing since semua ada family sendiri. Macam yang Puan Sakinah katakan, ada yang terpaksa korbankan masa dengan keluarga demi menguruskan pelatih dekat rumah bimbingan memandangkan kesemua mereka ialah seramai 17 orang. Sebab kenapa pihak pengurusan tak ambil ramai pelatih, supaya mereka dapat fokus pada setiap penghuni dekat sana.

Apa yang Ainaa dapat simpulkan ialah even banyak cabaran yang perlu dihadapi, pihak pengurusan tetap tabah dalam membimbing gadis-gadis tu semua. Ainaa harap kisah-kisah kawan kita ni dapat memberi pengajaran pada semua girls dekat luar sana.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Diet Buah? Boleh Percaya Ke?!

Jom Elak Mengantuk Dekat Sekolah Waktu Berpuasa