in , ,

Bateri Low! Nak Cucuk Kat Mana Ni?

Sumber gambar: VectorStock

Keluar shopping seorang diri ni memang best sebab tak payah nak tunggu orang lain keluar masuk kedai cari barang.. Hihi. Tapi #Lunagirls, apa yang korang akan buat kalau waktu tengah shopping seorang diri tu, bateri phone habis? Cable phone bawa tapi power bank pula lupa nak bawa.. Macam mana nak call parents suruh ambil? Haa, LUNARIA ada jalan penyelesaian mudah untuk korang…

CARI PORT CHARGER

Sumber gambar: twitter.com/search

Since korang tak bawa power bank, cuba cari tempat plug dekat dalam mall or mana-mana kedai serbaneka. Kalau tak ada, korang boleh cari plug kosong yang ada dekat dinding mall je girls.. Memang rasa malu tapi nak buat macam mana.. Kita terdesak.. Hehe!

PINJAM PHONE STRANGER

via GIPHY

Cara ni korang kena berani sikit sebab kita akan bercakap dengan strangers. Cuba tengok girls lebih kurang sebaya #Lunagirls dan terus approach minta pinjam phone untuk call parents. Bagitahu direct dekat parents korang akan balik pukul berapa atau nak minta mereka ambil korang dekat mana-mana.. Lepas dah pinjam nanti jangan lupa say thank you tau!

KAUNTER PERTANYAAN

Sumber gambar: TBS- BTS

Biasanya orang pergi kaunter pertanyaan untuk tanya jalan kan? Tapi kali ni kita ke kaunter pertanyaan untuk pinjam telefon dekat situ. Jangan malu nak pinjam..orang tu tak marah pun! Hehe! Lagi pun tu memang tempat untuk kita bertanya..

BALIK TERUS

via GIPHY

Ada yang tak berani nak buat satu pun antara yang LUNARIA senaraikan tadi? Okay kalau macam tu, korang balik je rumah terus sebelum parents risau call kita tak dapat! Walaupun rasa rugi sebab tak habis shopping lagi, tapi baik balik dulu before kena marah kan? Haha!

Waktu terdesak macam tu, kita kena bijak cari jalan untuk survive tau girls! Korang kena buang rasa malu untuk β€˜selamatkan’ diri daripada kena marah dengan parents sebab kecuaian diri sendiri yang keluar tak chargeΒ phone dan bawak power bank. Hehe! Nanti mak kata, ‘haa kuat sangat selfie sampai lupa bawa power bank!’ Lol!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Harga Phone Bawah RM500? Must Have!

#LunaExplores: Popiah emas HUAT AH!