in ,

Basuh Seluar Jeans Pun Ada Pantang Larang?

Sumber gambar: rd.com/health/beauty/denim-jeans-tips

Hello pretty girls! Pernah ada masalah seluar jeans cepat lusuh walaupun baru pakai 2 kali? Nak tahu tak macam mana cara yang betul untuk korang basuh seluar jeans tu? LUNARIA dah tak sabar nak share dengan korang ni. Ayuhh semuaaaaa~~

GUNA CUKA

Sumber gambar: agreste.es/blog/wash-raw-denim

Yezzaaa! #Lunagirls boleh pakai cuka yang mak guna untuk masak tu tau! Hehe! Korang hanya masukkan 3 sudu cuka dalam rendaman jeans yang dah dicampur dengan sabun and done! Hehe! Fungsi cuka ialah untuk hilangkan bakteria yang melekat pada seluar dan membuatkan seluar jeans jadi lebih bersih.

JANGAN ‘CAMPAK’ DALAM MESIN BASUH

Sumber gambar: stickeebra.com/blogs/stickeeblog/9-denim-jean-hacks-that-every-girl-needs-to-know

Oh girls! Basuh seluar jeans menggunakan mesin basuh akan membuatkan warnanya cepat luntur tau.. So avoid it okay? Hehe! #Lunagirls boleh basuh menggunakan tangan dengan cara rendam seluar tu dalam air sejuk, then boleh terus jemur! Senangkan?

GANTUNG SELUAR JEANS

Sumber gambar: itgirlclothing.com/collections/

Biasa tak tengok garisan lipatan dekat seluar jeans? Haaa kalau korang biasa tengok keadaan tu, maksudnya korang kena stop lipat dan gantung semua seluar jeans korang dekat hanger. Dengan cara tu, baru lah seluar jeans korang akan tahan lebih lama okay? Yass!

TERBALIKKAN SELUAR WAKTU BASUH

Sumber gambar: unsplash.com/photos/Tgbeg_lOuko

Before rendam seluar untuk basuh, make sure #Lunagirls terbalikkan dulu untuk elakkan warna cepat luntur. dan bila nak keringkan pakai dryer atau spin guna mesin basuh, zip dan butangkan dulu seluar tu tau..

JANGAN JEMUR BAWAH MATAHARI TERIK

Sumber gambar: thescienceexplorer.com/technology/science-says-stop-washing-your-jeans-so-often

Last but not least, lepas je basuh terus keringkan tapi jangan jemur seluar jeans bawah matahari terik tau! Sebab cahaya matahari yang terik akan merosakkan warna seluar korang tu! Dan kalau nak keringkan guna machine dryer, korang guna suhu sederhana je okay?

Simple je kan tips nak jaga seluar ni? Nanti kalau dah try basuh guna cara LUNARIA share ni, korang boleh tag atau komen dekat Instagram @Lunariamy okay? TTYL! 🙂

via GIPHY

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

3 Sekolah Malaysia Berjaya Di Mata Dunia! #BANGGA

Apa? Ryan Gosling Pernah Roommate Dengan Britney Spears?