in ,

Baru Nampak Darah Tapi Pengsan Macam Kena Pukul!

Sumber gambar: https://www.gq.com/story/zayn-malik-gigi-hadid-pillowtalk-video

Girls, korang kalau tengok darah boleh pengsan tak? Maksud Ainaa selain darah period, macam darah luka sebab terjatuh ataupun terkena benda tajam… Masalah ni disebabkan oleh tindak balas dramatik yang dinamakan vasovagal syncope atau neurocardiogenic syncope. Tindak balas yang akan membuatkan kadar tekanan darah korang jatuh dan aliran darah ke otak berkurangan, sebab tu rasa nak pengsan.

via GIPHY

Kalau korang kena serangan tindak balas vasovagal syncope ni, chill okay sebab this thing tak berbahaya dan tak perlukan rawatan pun.  Tapi kalau korang tercedera sebab jatuh pengsan mungkin doktor akan syorkan rawatan dan ujian untuk kurangkan tindak balas tu. So, berhati-hati okay kalau nampak darah.

Salah satu cara untuk korang kurangkan rasa mual dan takut pada darah ialah cuba untuk bertenang dan jangan panic. Kalau korang panic, lagi la rasa nak pitamSelain tu, korang boleh cuba Applied Tension Technique strategi which is melibatkan tekanan otot dalam badan yang akan tingkatkan tekanan darah. Bila tekanan darah dah stable, mesti akan kurang rasa nak pengsan.

Sumber gambar: https://projects.iq.harvard.edu/yoga/home

Untuk teknik ni, korang kena duduk dekat kerusi dan selesakan badan serta tegangkan otot dekat tangan, kaki dan dada selama lebih kurang 10 hingga 15 saat. Cuba untuk tegangkan badan sampai rasa panas dekat kepala, lepas tu rehatkan badan dalam masa 30 saat dan ulang sampai lima kali.

Kalau waktu tu korang rasa nak pengsan juga, cepat-cepat baring dan angkat kaki. Ia akan betulkan graviti badan dan darah supaya terus mengalir ke otak. Tapi kalau keadaan tak mengizinkan untuk korang baring, cuba duduk dan letak kepada dekat antara lutut sampai korang rasa lega.

via GIPHY

So lepas ni kalau korang ada dalam situasi nampak darah je nak pengsan, cuba cara yang Ainaa share ni ya. But if cara tu pun tak berkesan, korang kena jumpa dengan pakar dengan segera supaya tak berlaku perkara yang tak diingini.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tisu Basah Buat Kulit Muka Rosak?

Eiuw! Leher Ke Bontot Kuali Tu?