in ,

Baru Minggu Pertama Puasa Dah Lesu! Ini Tips Kekal Bertenaga

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Baru hari keempat puasa tapi dah tak larat la pula, padahal tak buat apa-apa pun dekat rumah. Hmm tidur je la seharian.

Amboi, duduk dekat rumah pun sampai boleh jadi tak larat nak berpuasa? Kalau pergi sekolah tu boleh jadi korang penat sebab ke sana ke sini waktu dekat sekolah tapi sekarang duduk rumah pun jadi lesu juga ya? Tak mengapa la, semua orang pernah lalui rasa penat waktu berpuasa dan ia sangat normal untuk kita. Daripada asyik lesu sepanjang hari, baik kita fikirkan cara untuk atasi rasa penat tu kan? Jom ikut cara Ainaa ni okay! Boleh jadi lepas ni korang akan kekal bertenaga daripada sebelum Subuh sampai Maghrib.

MAKAN MAKANAN TINGGI SERAT

Sahur GIF - Sahur Ngantuk BukaPuasa - Discover & Share GIFs

Biasanya kalau sahur mesti kita akan makan makanan berat supaya nanti lambat sikit rasa lapar tu kan? Sebenarnya kita digalakkan untuk makan makanan berkanji yang mengandungi serat tinggi supaya dapay membantu untuk mengawal ketidakhadaman dan pedih pada ulu hati. Cuba korang makan nasi, oar, roti atau bijirin yang mempunyai serat yang tinggi. Ia juga mampu untuk memberi rasa kenyang sepanjang hari. Selain itu, korang pun akan jadi lebih fokus seharian dan mood pun jadi baik!

JANGAN TIDUR LEPAS SAHUR

Azie Kitchen
Sumber gambar: Kitchen

Lepas makan, tunggu azan Subuh dan terus la tidur!

Mesti korang selalu buat macam tu kan? Lepas sahur terus tunggu waktu solat dan sambung tidur sampai esok pagi. Sebenarnya kita tidak disarankan untuk tidur selepas sahur dan selepas solat. Makanan perlu diproses terlebih dahulu dan ia akan menjadi tenaga tapi kalau waktu makanan tu nak proses dan korang tidur, macam mana makanan tu nak diproses kan? Sementara tunggu makanan tu diproses, ada baiknya korang cari aktiviti contohnya mengaji ke? Bulan Ramadhan ni kan setiap kebaikan yang kita buat akan mendapat pahala yang berlipat ganda?

BANYAKKAN MINUM AIR MASAK

Kurang minum air masak ganggu kesihatan | Lagenda Press
Sumber gambar: Lagendapress

Waktu sahur ni semua benda korang nak makan dan minum supaya nanti kekal bertenaga kan? Tapi jangan minum atau makan sembarangan, takut nanti jadi sakit perut pula. Banyakkan minum air masak ketika sahur supaya masih ada kandungan air dalam badan, at least korang tak ada la rasa penat sangat waktu berpuasa tu.

TIDUR SECUKUPNYA

via GIPHY

Kalau cukup tidur, badan pun tak akan rasa penat walaupun kita ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Seeloknya korang tidur awal pada malam hari supaya boleh bangun waktu sahur. Selepas sahur tu kalau nak tidur pun jangan terus tidur je lepas habis makan. Biar makanan diproses dahulu kemudian baru la korang boleh tidur sekejap. Cukup sekadar lelapkan mata sementara tunggu matahari terbit, korang lelap sekejap je. Jangan sampai pukul 12 baru nak bangun ya, itu bukan terlelap, itu jadi ter-koma! Risau kena bebel dengan mak je sebab tidur lama sangat, pahala puasa pun berkurang nanti sebab asyik tidur je.

Biasa la kalau rasa badan lemau dan tak bertenaga bila bulan puasa ni. Kalau bertenaga, kena check balik mungkin tak puasa kot? Hehe! Harapnya korang masih lagi kuat untuk berpuasa ya, baru empat hari, kita ada banyak hari lagi nak habiskan bulan Ramadhan.

What do you think?

108 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara To Do List Best Untuk Bulan Ramadan

Kolaborasi 93-Liners! IU dan Suga BTS Buat Lagu Bersama!