in ,

Baru Minat K-Pop, Tapi Koleksi Barangan K-Pop Epa Power!

Sumber gambar: https://www.instagram.com/abnipa/?igshid=1o25nwmbu0rsl

Kelmarin, Zoe saja lepak dengan kawan adik Zoe, lepas itu korang nak tahu something tak? Masa Zoe lepak dengan dia, Zoe perasan yang dekat rumah dia ada banyak sangat barang merchandise K-Idol. Zoe pun minta izinlah nak tengok, koleksi dia no joke girls.

Sumber gambar:

Okay, nama kawan yang minat sangat collect barang K-Pop ini adalah Abnipa dan dia lebih suka dipanggil Epa. Nama dia unikkan? Untuk pengetahuan korang, Epa baru dua tahun  suka dan minat benda yang berkaitan hallyu. Epa kata dia tak ada specific bias dekat mana-mana group K-Pop sebab antara favourite dia adalah ChungHa, Twice, Mamamoo, Day6, iKon, AB6IX dan Wannaone walaupun dah disband.. Epa tetap minat!

Sumber gambar:

#Lunagirls nak tahu tak, sebenarnya Epa start minat K-Pop secara tak sengaja tapi selepas kawan Epa suruh tengok rancangan Survival Show Produce 101 musim kedua secara perlahan Epa pun mula minat K-Pop. Sebelum ini pun, Epa cuma minat tonton K-Drama saja. Woah! Kiranya Epa jatuh cinta pandang pertama dekat K-Pop?  

Sumber gambar:

Bukan setakat minat saja, Epa juga mula kumpul merchandise seperti album dan slogan idola K-Pop kegemaran dia pada hujung tahun 2017 tapi selepas itu Epa pun rajin kump photo card dan lain-lain waktu dia pergi Cupsleeve event yang di organise oleh K-Pop  fans dan sambil itu Epa pun dapat ramai kawan baru! Apa yang menariknya, walaupun baru dua tahun Epa minat K-Pop tapi dia rajin pergi konsert dan fan meeting juga tau! Antara yang dia dah pergi adalah Wannaone World Tour 2018, iKon Continue Tour 2018 dan Wannaone 1st fan meeting 2017.

Sumber gambar:

Bagi Epa apa yang buat dia terinspirasi nak minat K-Pop adalah sebab dia kagum dengan betapa struggle-nya seorang trainee yang nak jadi idol buat sebelum debut dan benda ini membuatkan Epa rasa setiap matlamat dan impian seseorang itu mampu dicapai dengan usaha yang gigih tanpa putus asa. Selain itu, kebanyakan lirik dalam muzik K-Pop dapat memotivasikan dirinya untuk lebih positif dan jadi lebih baik, antara lagu yang selalu Epa dengar untuk positifkan dirinya adalah Day6 – Freely dan Mamamoo – Yes I am.

Sumber gambar:

“K-Pop unik bagi saya sebab fans seluruh dunia dapat berinteraksi sesama sendiri melalui minat yang sama”, kata Epa. Menurut Epa juga, K-Pop akan semakin berkembang sebab generasi pada masa kini lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima pelbagai budaya dari luar. Woah! Bagus betullah Epa! 

Korang kagum tak dengan koleksi Epa? Atau ada antara #Lunagirls ada koleksi yang lagi menarik daripada Epa dan sudi nak share dengan LUNARIA? Korang boleh komen dengan bawah. Zoe personally akan datang cover cerita korang!

Sumber gambar:

What do you think?

14 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

V BTS Dapat Hadiah Sebuah Sekolah!

K-Idol Baru X1- Flash Ada Wau Bulan!