in ,

Baru Buka Acc YouTube, Subscribers Nabila Razali Cecah 100K

Sumber gambar: Instagram @nabila.razali

108k subscribers within a month? Power betul penangan gadis Cumi Cumi ni! Tahniah buat Nabila Razali sebab dia berjaya memperoleh begitu ramai subscribers dalam jangka masa yang pendek macam ni.

Semenjak semua orang dah stayΒ at home ni, bilangan Youtuber pun dah semakin ramai yang mana perkara ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia mempunyai inisiatif lain untuk menambah duit tepi. Iya la, bila kita buat Youtube channel dan ramai orang subscribe serta video kita ditonton, kita dapat juga duit daripada tu. Selebriti Malaysia pun ramai juga yang dah ada Youtube channel sendiri termasuk la Nabila Razali sendiri.

Penyanyi lagu Cemburu itu baru sahaja membuat akaun Youtube channelnya pada awal bulan April ini. Video pertama Nabila di channel miliknya ialah Top 5 cover Pelung Kedua yang telah mencuri hatinya. Kalau korang nak tahu, Nabila baru sahaja release lagu barunya berjudul Pelung Kedua yang mana lagu tersebut merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh rakan baiknya sendiri, iaitu Hael Husaini.

Lagu Pelung Kedua ni mula mendapat perhatian ketika ia menjadi soundtrackΒ pada drama Seindah 7 Warna Pelangi yang bersiaran di TV3 pada bulan lepas. Lagu ni memang best tau korang mesti suka bila dengar lagu ni.

At the same time, untuk pengetahuan korang, Nabila sedang dalam #RoadTo100KSubscribers untuk dia release MV lagu Peluang Kedua. Sebab tu la Nabila ajak ramai orang subscribe channel dia. Wahh, pandai tau tarik perhatian fans. Tapi sebenarnya agak laju juga sebab 100k itu bukan la angka yang kecil. Itu bermaksud ada 100k orang yang telah subscribe di akaun Youtube channel Nabila Razali Entertainment.

View this post on Instagram

Korang suka ke tengok Aira & Andika ni gaduh? Patut ke Aira bagi PELUANG KEDUA kat Andika ni? #Seindah7WarnaPelangi Saksikan Episod 10 harini okay! Seindah Tujuh Warna Pelangi Tayangan 24 Februari 2020 S7WP | 28 Episod | Isnin – Jumaat | 7 Malam | @tv3malaysia Director : @eoonshuhaini Penerbit : @hasnizanordin Terbitan : @saphirescreen Penulis Skrip : @intanzarina @aeril_zafrel @nabila.razali @hunhaqeem @wilmamuhammad @itsaidilaziz @iamellymazlein @sahronizamn @rajaafiqqofficial @muniramdiwan @wannaali_ @lailanasirofficial @rizamin @wannsahmad_official @jalaludinhassan @hairie_othman #seindah7warnapelangi #tv3malaysia #saphirescreenproduction #SaphireScreen #behindthescenes #akasia #dramasangat

A post shared by Second Chance πŸ’” (@nabila.razali) on

Pada hari Khamis lepas, Nabila baru sahaja release Official Lyric Video lagu tersebut dan tak sangka baru je enam hari tapi telah mencapai sebanyak 2.5 juta tontonan! Itu Ainaa cakap, penangan lagu Nabila ni memang lain macam.

Sama macam lagu Pematah Hati sekitar tiga tahun lepas yang mana sekarang ni dah ditonton sebanyak 26juta kali tontonan. Setiap lagu nyanyian Nabila ni memang ada aura yang tersendiri tau dan dia juga ada pengikut setianya.

Semalam juga Nabila ada upload video recording session untuk lagu tersebut yang mana menceritakan tentang perjalanan kisah lagu Peluang Kedua. Lagu tersebut merupakan ciptaan Hael dan ketika dia ‘dilamar’ oleh Hael Nabila sedang berada di luar negara. Sampai je ke Malaysia, terus shoot ke studio dan record lagu! Pantasnya!

Kalau korang tengok video tu, nampak la yang Nabila menitiskan air mata ketika Hael memperdengarkan demo yang dinyanyikan olehnya. Tapi lagu ni memang sedih tau, rasa macam kita pula yang putus cinta, hehe! Korang kalau baru lepas putus cinta waktu musim PKP ni, boleh la dengar juga lagu ni okay? Kita duduk dekat bucu katil bersama-sama.

Semenjak lagu tersebut mendapat perhatian, ramai dah yang buat cover. Dekat situ juga kita dapat tengok yang ramai orang Malaysia mempunyai suara yang sedap! Ada juga selebriti lain yang membuat cover lagu Peluang Kedua termasuk la Wany Hasrita, Ara Johari, Khai Bahar, Syamel dan ramai lagi.

Apa pun, tahniah sekali lagi buat Nabila Razali atas pencapaian dia untuk kali ini! Semoga karier dalam lakonan dan nyanyian Nabila akan bertambah! Ehemm, boleh la lepas ni duet dengan team LUNARIA kan? Kami pun boleh nyanyi lagu rap juga, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cerita Seram YouTuber Bakal Buat Korang Goosebumps!

Belajar Bahasa Korea Dengan Mudah Dengan TikTok Famous Ini!