in ,

Baru Berusia 12 Tahun Sudah Jadi Saintis

Sumber gambar: livemint.com

Dulu waktu sekolah rendah kita pasang cita-cita nak jadi peguam, polis, saintis. Tapi bila dah sekolah menengah, rasa macam nak tukar cita-cita jadi manusia yang berguna je, hehe!

Kalau waktu kecil dulu tu, setiap tahun mesti akan bertukar cita-cita. Tapi adakah kita akan capai cita-cita kita tu bila dah besar nanti? Atau belum sempat masuk university, kita dah capai cita-cita tu macam kawan kita seorang ni?

Sumber gambar: livemint

Haa, kalau korang nak tahu sekarang ni dah ada saintis muda berusia 12 tahun tau! Saintis muda yang Ainaa maksudkan tu ialah Siddarth Srivastav Pili dari India! Kawan-kawan di usia dia tengah sibuk main cop tiang, main basikal lajak, tapi dia dah berjaya capai cita-cita sebagai saintis! Rupanya Siddhart dah pun bekerja sebagai seorang sainstis data dekat sebuah syarikat perisian Hyderabad!

Peranan Siddhart di syarikat Montaigne Smart Business Solutions ialah sebagai tempat rujukan tentang pengekodan(merekod data). Walaupun baru berusia 12 tahun, dia dah letakkan matlamat dan impian yang akan dia capai pada masa akan datang. Woww! Hebat la dia ni, kalau Ainaa sendiri pun esok tak tahu lagi nak buat apa. Ni Siddhart dah siap fikirkan kejayaan dia untuk masa depan lagi!

Image result for tanmay Bakshi
Sumber gambar: Siasat

Kataya idola dia ialah Tanmbay Bakshi yang dulunya dah pun mula bekerja dekat syarikat Google sejak berusia 13 tahun! Sekarang ni Bakshi memainkan peranan dalam membantu dunia dalam memahami tentang teknoligi kecerdasan buatan (AI). Hebat hebat hebat!

Kita kalau dekat Malaysia, umur 13 tahun pun masih fikit nak bermain. Tak cukup lagi waktu umur 12 tahun tu baru sibuk nak habis UPSR, fikir nak masuk sekolah mana lepas ni. Ini mereka dekat India sana umur 12 tahun pun dah jadi saintis! Tercabar betul rasa diri ini, haha!

Bagi Siddhart, orang yang bertanggungjawab menjadikan dia berjaya sampai sekarang ialah bapanya sendiri. Ye la, ayah mana yang taknak anak dia berjaya kan? Tiba-tiba support terus berjaya jadi saintis! Mesti bapa dia bangga dapat anak macam tu kan.

Korang boleh la jadikan Siddhart ni sebagai contoh untuk berjaya! Tak kisah la berapa umur kita sekali pun, kalau ada usaha mesti akan berjaya punya! At the same time, sokongan daripada keluarga juga penting. Korang patut bersyukur tau sekarang ni family korang support setiap apa yang korang buat. Melainkan korang decide untuk korek tabung dan beli iPhone 11 Pro Max, memang tak ada ahli keluarga yang sokong la ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makanan Malaysia Yang Artis Kpop Suka

Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Sekolah? Jom Lepak District 21