in ,

Baru Berusia 12 Tahun, Artis Cilik Aryanna Dah Beli Kereta

Sumber gambar: Harian Metro / Instagram Aryanna Alyssa

Kau umur 12 tahun ada apa? Ada seorang pelakon dan penyanyi cilik tu umur 12 tahun dah ada kereta sendiri tau. Aku dulu umur 12 tahun main dengan anak patung Barbie je mampu…

Terkejut? Ya, Ainaa pun terkejut juga bila dapat tahu tentang berita ni. Just imagine seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dah mampu untuk beli sebuah kereta mewah Toyota Vellfire. Lagi best bila kereta tu dia hadiahkan untuk kedua ibubapanya. Ainaa dah umur 24 ni tak tahu la apa kejayaan yang Ainaa dah capai, mungkin kejayaan jadi penyanyi bersuara sumbang je kot, hehe!

Untuk pengetahuan korang, penyanyi cilik yang Ainaa maksudkan itu ialah Aryanna Alyssa Dezek yang juga merupakan seorang Youtuber. Sekarang ni dah ramai orang bina kerjaya sebagai Youtuber, tak kisah berapa pun umur korang. Dengan peluang yang ada, Aryanna Alyssa atau lebih dikenali sebagai Alyssa ni memiliki seramai 3 juta subscribers dekat Youtube ya! Tercabar betul ya sebab Ainaa pun baru ada 5 orang subscribers je ni… Lebih mengagumkan apabila website Vidooly mengesahkan Alyssa merupakan satu-satunya penyanyi yang berada di tangga ke-10 memiliki ramai subscribers di Malaysia. Tahniah awak!

Kebanyakan video yang dimuat naik oleh Alyssa di akaun Youtube dia ialah video nyanyian dan beberapa random content. Mungkin disebabkan kepetahan dia dalam bertutur itu membuatkan ramai suka dengan content dia, ditambah pula dengan kecomelan dia tu lagi la orang suka kan. Dalam kejayaan yang dicapainya ini, Alyssa bukan la berniat untuk menunjuk-nunjuk tetapi dia hanya mahu membakar semangat semua orang terutamanya mereka yang sebaya dengan dia untuk terus berjaya dalam kehidupan.

View this post on Instagram

Sama tapi tidak serupa!

A post shared by Aryanna Alyssa Dezek (@alyssa_dezek_official) on

At the same time, ada juga netizen yang menyalahkan kedua ibubapa Alyssa kerana mengikut kehendak anak mereka untuk memiliki kenderaan merah di usia muda. Pada mereka wang itu seharusnya digunakan untuk kegunaan masa hadapan. Haihh korang ni pun jangan la anggap macam tu, mesti ada sebab kenapa parents dia sendiri memenuhi kehendak Alyssa. Semuanya hanya la untuk kemudahan Alyssa sendiri. Bila dia ada shooting atau perlu travel ke mana-mana, senang la untuk dia, lagi pula kereta tu sangat selesa untuk perjalanan jauh. Kalau nak kata parents dia menumpang kesenangan, itu sangat tidak patut untuk dikatakan kerana bapa dia merupakan seorang ketua jurutera kapal.

Mujur la parents Alyssa ni mengambil segala kecaman itu sebagai penguat untuk mereka dan jadikan ia sebagai kata-kata semangat untuk meneruskan hidup. Lagi pula menurut Alyssa, kereta itu juga akan digunakan untuk seisi keluarganya yang lain. Berkongsi rezeki katanya. Kejayaan Alyssa ini memang boleh diambil sebagai titik tolak untuk kita semua berjaya, tak kira usia. Alyssa juga berterima kasih kepada semua peminatnya yang berada di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei yang selama ini menyokong karier seninya.

Apa yang saya miliki ini bukan nak menunjuk, tapi saya nak bagitahu kepada semua orang bahawa kita mampu mencapai apa yang diinginkan. Cuma perlu berusaha untuk mencapainya. Setiap orang boleh cuba untuk hasilkan video yang berfaedah dan kreatif. Buatlah video yang boleh menarik perhatian penonton.

Walaupun sibuk dengan karier dia, Alyssa tetap tidak melupakan soal pelajaran. Sepatutnya tahun ni Alyssa akan menduduki peperiksaan UPSR, tetapi disebabkan UPSR dibatalkan tahun ini, Alyssa tetap akan berusaha dalam setiap peperiksaan yang dihadapinya. Bagi kedua ibu bapanya, pelajaran tetap menjadi keutamaan si comel itu.

Kedua ibubapa Alyssa akan memastikan dia fokus sepenuhnya dengan PT3 dan juga SPM yang bakal diduduki olehnya pada masa akan datang. Bukan setakat belajar dekat sekolah, parents dia juga akan memastikan Alyssa dapat belajar tuisyen bersama dengan guru peribadi supaya dia kekal fokus.

Harapnya dengan kejayaan Alyssa ni akan menjadi contoh kepada kita semua tak kira muda ataupun tua. Mungkin mulai sekarang kita dah kena fikirkan sesuatu untuk mengubah hidup?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perbezaan Budak Sekolah Zaman Dulu Dan Sekarang

Cara Nak Tahu Bakat Terpendam Seseorang