in ,

Barangan Yang Perlu Korang Bawa Balik Ke Asrama

Sumber gambar: www.themalaysiaonline.com.my

Sekarang kawan-kawan sekolah biasa dan bukan asrama dah mula ke sekolah akan tetapi, untuk pelajar sekolah berasrama mereka akan mula masuk ke sekolah pada bulan Ogos ini. Tapi  hanya pelajar yang betul-betul sihat sahaja yang akan dibenarkan masuk ke asrama. Mesti ramai juga di antara pelajar asrama yang confused dan lupa nak bawa apa untuk masuk ke asrama. Walaupun baru je cikgu suruh bawa pulang barang dari asrama ke rumah tapi sekarang korang kena ready untuk bawa balik semula ke asrama. Jom kita periksa semula checklist barang untuk kembali ke sekolah asrama. 

JIWA RAGA

via GIPHY

Ini yang paling utama. Sebelum balik ke asrama, korang perlu sediakan mental dan fizikal untuk dapatkan mood belajar. Kalau rasa malas dan masih tak dapat terima kenyataan kena masuk asrama balik, apa kata korang ambil masa satu hari untuk tenangkan diri dan cuba untuk pujuk hati. Walaupun sudah hampir 4 bulan seronok duduk rumah, kita perlu ingat yang tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar juga perlu dilaksanakan. Alaa, asyik duduk rumah je.. tak rindu ke katil di asrama? Geng asrama? Makcik kantin di sekolah asrama?

STUDY KIT

Sumber gambar: more pens

Seterusnya, korang juga kena pastikan yang korang dah bawa semua kelengkapan alat tulis seperti pen, pensil, correction tape, kalkulator, dan sebagainya sebab nanti tidaklah korang kelam kabut nak kena telefon parents untuk hantarkan barang korang yang tertinggal atau nak kena beli sekali lagi. Nanti membazir saja beli banyak-banyak. Jadi, please make sure korang periksa dulu sebelum nak gerak dari rumah ke asrama. Buku latihan dan buku teks juga jangan lupa.. Takut masuk kelas bawa stationary tapi buku tak ada, opps!

CADAR & BANTAL

Sumber gambar: Mahsa

Barang ini sangat penting. Pastikan korang dah pack cadar, sarung bantal, bawa selimut dan sebagainya untuk keselesaan korang tidur di asrama nanti. Jangan lupa untuk bawa extra. Kalau korang tak bawa, alamatnya nanti korang tidur tak selesa sebab tilam dah lama tinggal dan mungkin dah berhabuk. Lagi pun, kita perlu menggunakan barang yang bersih untuk pastikan kebersihan terjaga. Ingat guys, kita perlu lakukan kawalan kendiri di mana sahaja kita berada.

COVID 19 STARTER PACK

Sumber gambar: detik

Selain itu, ini juga antara yang penting untuk korang. Sila bawa Covid 19 starter pack korang sendiri seperti face mask, sabun cuci tangan, hand sanitizer dan korang perlu patuhi SOP yang sekolah dah tetapkan. Walaupun dah lama tak jumpa geng asrama, tapi kalau nak sembang pun pastikan jaga jarak. Jangan lupa jaga jarak korang sama ada di dalam asrama dan juga di dalam kelas sebab kita tak nak ada gelombang kedua, setuju tak? 

MAKANAN RINGAN

via GIPHY

Disebabkan seronok duduk rumah, hari-hari makan sedap.. jadi perut kita dah terbiasa berisi. Bila mulut dah biasa mengunyah, kemungkinan untuk kita rasa lapar di asrama nanti sangat tinggi. Jadi, adalah lebih baik kalau korang siap-siap tapau makanan ringan seperti biskut kering, air 3 in 1, air kotak atau makanan ringan yang korang suka. Makanan boleh kongsi dengan kawan-kawan tapi elakkan untuk kongsi cawan, sudu dan pinggan.

Selain itu, korang boleh juga bawa laptop, jika sekolah korang bagi bawa dan beberapa barang lain yang korang rasa penting dan perlu bawa. Apa-apa pun, selamat kembali ke sekolah dan jangan lupa siapkan dulu kerja sekolah yang tak habis lagi. 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

“Dua Jam Je Practice” – Didi Astillah Buat Dance Cover How You Like That

Dulu Jadi Sebutan, Kini Instafamous Ini ‘Rehat’ Sekejap