in ,

Barang Yang Korang Boleh Shopping Setiap Kali Tarikh Cantik – 12.12, 7.7, 3.3…

Sumber gambar: lunaria.com.my

Lelong! Lelong! Lelong! Ada banyak diskaun! Sila dapatkan sekarang juga! 

Ya! Semua orang mesti suka dengan diskaun yang kaw-kaw setiap kali ada perayaan atau tarikh cantik seperti 11.11, 12.12, dan sebagainya. Apa yang membezakan dua cara pemberian diskaun ini adalah peratusannya. Kebanyakan diskaun yang diberikan pada tarikh cantik iaitu tarikh yang sama dengan bulan ini biasanya lebih banyak kalau nak dibandingkan dengan diskaun yang diberi pada musim perayaan, musim cuti sekolah dan akhir tahun, betul tak? Disebabkan pada waktu tarikh cantik ini banyak diskaun yang diberi, kami akan beri idea pada korang semua, barang apa yang patut korang shopping setiap kali tarikh cantik tiba.

AUDIO SPEAKER 

Sumber gambar: Pic Click

Muzik adalah hidup semua orang dan ramai yang suka tenangkan diri dengan mendengar muzik. Jadi bila tiba tarikh ini, apa lagi? Korang belilah audio speaker khas untuk bilik korang, nanti boleh dengar lagu kuat-kuat. Iyalah, audio speaker yang berkualiti ini memang mahal. Jadi bila tiba saja tarikh cantik, korang siap-siaga untuk berebut beli audio speaker yang diskaunnya mesti memuaskan hati korang.

CD GAMES

Sumber gambar: cartridgecorner

Seterusnya, cd games untuk X-Box, PS4 korang dan lain-lain jenis game yang korang main. Ini sebab kebanyakan cd games memang agak mahal harganya. Jadi, pada waktu ini sahajalah korang patut dan wajib beli cd games sebab harganya mencanak-canak murah. 

KASUT

Sumber gambar: vans

Selain dari itu, korang boleh juga shopping kasut. Disebabkan harga kasut pun boleh tahan beratus ringgit. Waktu tarikh cantik ini juga korang boleh dapat banyak diskaun, walaupun hanya beberapa selected design sahaja yang ada untuk diskaun. Korang boleh cuba, manalah tahu ada salah satu kasut yang ada diskaun untuk berkenan dihati korang dan kalau korang bertuah, silap-silap kasut yang korang dah aim itu pun ada diskaun tau!

MAKE UP DAN SKINCARE

Sumber gambar: kurio

Untuk perempuan korang mesti suka sebab alat solek dan skincare ini selalunya memang ada banyak diskaun. Dan diskaun untuk dua barang ini selalunya memang ada pada tarikh cantik dan jarang ada waktu musim perayaan. Bukan setakat itu sahaja, diskaun yang ditawarkan pada barang ini pun lebih banyak kalau nak dibandingkan pada perayaan lain. Jadi, korang tunggu apa lagi girls?

BARANG SUKAN

Sumber gambar: stack

Bagi yang lelaki pula, kalau korang suka bersukan dan pergi ke gym. Korang boleh beli barangan sukan pada waktu ini. Kan banyak barang sukan agak mahal kalau pada harga normal. Jadi pada waktu tarikh cantik ini memang harganya memang murah sebab diskaun yang diberikan memang berbaloi untuk korang.

Jadi, setiap kali nak shopping selepas ini kalau korang tak perlulah asyik beli baju, seluar dan tudung baru sahaja sebab benda-benda seperti itu korang boleh dapatkan selalu dan harganya ada banyak yang sudah sedia murah. Lebih baik korang beli barang yang agak mahal tetapi berbaloi dan boleh guna lama. Bukan nak cakap pakaian itu tidak tahan lama tetapi kalau korang banyak sangat pakaian, nanti penuh pula almari dan percayalah korang akan menyesal bila tiba waktu nak mengemas almari nanti. Hehe

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Confirm Tahun Depan Tak Ada Pilih Aliran Dah

Kenapa Ramai Peminat Sayang Andi Bernadee