in ,

Barang Menarik Hias Bilik Tidur!

Sumber gambar: https://www.pinterest.com/pin/398498267010595910/

Hmm… bosan juga bilik ini dah bertahun nampak sama saja. Macam nak cuba kemas dan decorate cantik-cantik supaya nampak luas dan menarik tapi macam mana eh?

Dah tiba masanya untuk #Lunagirls decorate bilik korang supaya lebih selesa dan nampak aesthetic. Bukan apa, lepas ini korang boleh show off sikit dekat kawan-kawan yang bilik korang cantik. Oh! Tak tahu barang apa saja yang boleh buatkan bilik nampak menarik? Okay jom kita tengok apa saja yang boleh naikkan seri bilik..

TAPESTRY

Sumber gambar: 

Tapestry ini dah banyak korang boleh dapat, bukan saja di kedai malah dekat online pun banyak jual. Kegunaan tapestry ini sangat versatile dan kita boleh letak di mana sahaja tau! Korang nak jadikan cadar, alas meja, gantung sebagai hiasan dinding, jadikan langsir dan lain-lain pun boleh.

LAMPU

via GIPHY

Penggunaan lampu dalam bilik sangatlah penting dan korang perlu memilih warna lampu yang sesuai dengan warna bilik korang. Kalau nak sentiasa nampak tenang ambil warna yang malap sikit. Nak mudah make sure lampu korang ada dua mod, mod terang dan mod malap, nanti bolehlah korang tukar-tukar ikut kegunaan yang sesuai. Kalau nak make up pula, make sure pakai natural lighting! Hihi!

MEJA

via GIPHY

Meja yang perlu diletakkan dalam bilik sebaiknya satu saja tapi pastikan ia ada banyak tempat nak simpan barang sebab korang boleh jimatkan ruang dalam bilik korang. Kalau nak satu meja kecil dan besar pun cantik saja asalkan ia dapat mudahkan korang untuk letak barang di bilik.  

GALLERY WALL

via GIPHY

Untuk hiasan dinding pula adalah wajib untuk korang nak nampakkan bilik korang comel dan menarik. Boleh saja kalau awak semua nak letak frame yang ada quotes atau gambar korang. Nak letak lukisan atau art dari pelukis pun sangat cantik. Kalau korang kreatif, apa lagi? Serlahkanlah bakat korang dengan lukis mural di dinding bilik tu, hehe! Tak payah dah pening nak pilih cat dinding warna apa.

MINIMALIST

via GIPHY

Elemen penting untuk jadikan bilik korang sentiasa kemas dan menarik adalah minimalist. Korang kena menjadi seorang yang minimalisi jadi nanti automatik segala pemilihan untuk bilik korang dan lain-lain. Ya, less is more orang kata, jadi buang saja barang yang rosak dan dah tak nak guna.

Ha! Senang saja nak kemas bilik dengan menarik. Ala, barang-barang ini tak perlu beli mahal pun sebab korang boleh dapatkan semua barang dengan harga murah dekat kedai biasa juga. Jadi, apa lagi #Lunagirls! Cepatlah kemas bilik, nanti boleh snap gambar dan buat kawan korang yang lain inspirasi dengan bilik korang.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kunyit Selamatkan ‘Mata Panda’

Boys Kena Alert! Ini Tanda Girl Suka Dekat Korang