in ,

Barang Larangan Pakai Untuk Tempoh Lama, No.3 Paling Geli!

Sumber gambar: businessinsider.com

Sekali beli mesti nak pakai lama-lama betul tak? Buat apa beli tapi setakat pakai sebulan dua je? Kita nak pakai sampai puas hati..

Betul guys! Kami setuju.. Kalau dah beli barang mestilah nak pakai lama-lama sampai ianya dah tak boleh digunakan. Hmm tapi kalau pakai lama-lama boleh mengundang bahaya atau kotoran pun tak bagus juga betul tak? Dalam dunia ini, ada banyak benda yang kita tak digalakkan pakai dalam tempoh yang lama. Walaupun tak ada tulis tarikh luput, tapi ikut common sense, takkan nak pakai sesuatu barang sampai lunyai? Dekat bawah ini LUNARIA ada list a few things yang kita dilarang sama sekali untuk pakai dalam tempoh yang lama, iaitu…

GETAH RAMBUT ATAU SCRUNCHY SKSKSK

Image result for aesthetic scrunchie
Sumber gambar: pinterest

Comel punya pasal, sampai dah lunyai pun korang masih sayang untuk buang. Ada yang pakai sampai berbau dan bertahi lalat! Ha, jangan ya girls! Korang tahu tak sebenarnya ada banyak kuman yang terkumpul dekat getah rambut. Bukan setakat kuman yang ada dekat getah, tapi dekat rambut pun ada kuman juga tau! Just imagine getah dah basah dan kering semula, mesti ada pembiakan kuman dekat kawasan tersebut. Tambah lagi kalau korang main ikat je rambut guna getah yang sama walaupun getah dalam keadaan basah. Dengan berbau lagi, fuhh, padu sekali pakej ya! Make sure korang guna getah rambut maximum dalam sebulan dua bulan je, tapi itu pun kalau getah masih bertahan. Jangan kedekut untuk beli yang baru ya girls!

EARPHONE BERDAKI

Image result for aesthetic earphone
Sumber gambar: gearpatrol

Earphone boleh dikatakan sebagai BFF kita! Mana-mana saja kita pergi ada earphone sekali. Bila berjalan sambil pakai earphone buatkan kita rasa lebih confident untuk berhadapan dengan orang ramai. Tapi jadi sakit hati kalau earphone rosak sebelah! Urghh, stress betul boleh dengar sebelah je, sebelah lagi dah jadi pekak! Sama juga kes sebab sayang, masih lagi pakai walaupun dah rosak sebelah dan berdaki! Korang perasan tak dekat bahagian telinga ada kuning-kuning? Ha, yang kuning itu bukan corak earphone tau. Tapi itu ialah ‘corak’ tahi telinga korang yang tertinggal. Euwhh, kotornya sampai ada tahi telinga melekat! Better korang cuci sikit earphone supaya kalau ada kawan nak pinjam, taklah dia geli nak pakai.

P/S: Melainkan itu memang taktik korang tak nak bagi sesiapa pinjam dengan cara biarkan tahi telinga melekat, haha!

PAD JANGAN PAKAI SEHARIAN YA!

via GIPHY

Sebabkan hari ini tak heavy flow, makanya korang pun decide untuk tukar pad waktu dah sampai rumah. Padahal seharian suntuk dekat sekolah korang pakai pad yang sama, kenapa dah balik rumah baru nak tukar? Korang tahu tak yang kita ‘wajib’ tukar pad at least empat atau lima jam sekali. Kalau korang pakai pad yang sama seharian, tak mustahil akan ada kuman yang merebak dekat kawasan punggung dan vagina. Korang akan rasa gatal dan tak selesa sebab penggunaan pad yang terlalu lama. Tak kisah kalau tak heavy flow pun, kita kena tetap tukar pad.

PAKAIAN DALAM PLEASE SELALU TUKAR

Image result for aesthetic bra and panties
Sumber gambar: voideine

Perghh, best gila bra dengan panties! Esok nak pakai lagilah, selesa betul sampai rasa macam tak nak tukar!

Ehh, jangan disebabkan panties atau bra itu ialah favorite korang sampai tak nak tukar pula ya. Boleh pula pakai sampai dua tiga hari bra yang sama. Kotorlah! Dah banyak daki yang melekat, takkan korang masih selesa nak pakai walaupun dah berpeluh? Please tukar bra dan panties hari-hari dan jangan sesekali repeat benda yang sama selama dua atau tiga hari! Lagi-lagi panties, please tukar setiap kali korang mandi. Bukan apa, kita tak tahu maybe ada selaput keputihan yang melekat dekat panties. Takkan korang still nak pakai panties yang sama walaupun hakikatnya ada kekotoran dekat situ? Jaga kebersihan diri tau, jangan kotor-kotor. Nanti boyfriend lari!

Ikutkan ada banyak lagi barang yang korang tak boleh pakai lama-lama. Semuanya atas faktor kebersihan. Just imagine kalau korang pakai bra dan panties yang sama selama seminggu… Tak ke berbau masam? Korang sendiri pun mesti rasa tak selesa dengan peluh yang melekat betul tak? So, make sure jaga kebersihan.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bosan Dengan Username Lama? Jom Tukar Username Unik Ini

Awas! Jangan Simpan Phone Di Tempat Ini