in ,

Bapa Sporting, Anak Instagram Famous & TikTokers Hot!

Sumber gambar: Instagram @afdlinshaukiofficial @kasihirisleona

Weh! Biar betul artis lelaki sado itu ayah dia? Patutlah dia pun ada aura artis..

Iya, sekarang ramai anak-anak artis Malaysia mula dikenali bukan sahaja disebabkan populariti parents masing-masing.. Tapi disebabkan usaha mereka sendiri! Zaman teknologi kini sangat mudah untuk seseorang cuba nasib untuk dapatkan perhatian dunia media sosial. Ada yang mula daripada TikTok, ada yang mula dari YouTube, ada yang mula dari Instagram dan macam-macam cara lagi. Kalau korang nak buat cara yang sama pun boleh, tapi effort kena lebih sikit dan jiwa kena kental macam anak-anak artis yang bakal kami kongsikan ini. Kena kecam dengan followers parents mereka pun rileks je sis. Sempena hari bapa tidak lama lagi, LUNARIA nak kongsikan beberapa pasangan anak dan ayah yang sama hebat di media sosial!

AZHAR SULAIMAN & KASIH IRIS LEONA

Sporting habis Azhar Sulaiman bila dia sendiri pun join video TikTok anaknya, Kasih Iris Leona. Bukan kaleng-kaleng dapat tengok seorang ayah gigih layan minat TikTok anaknya.. Imej baru berambut pendek berwarna oren Leona mendapat perhatian ramai dan netizen pun mula bercakap tentang pendapat ayahnya bila Azhar post gambarnya tepuk dahi melihat imej baru anaknya. Tapi mereka berdua tidak melatah dan Azhar menganggap ia part of growing up. Korang jangan ingat si cantik manis, Leona bashe-bashe sahaja ya.. Untuk SPM 2019 dia mendapat keputusan yang cemerlang! Ayah hebat, anak pun hebat!

IMAN WAN &Β ARENA WAN MUN-YI

Anak kepada komposer terkenal, Iman Wan sudah mula berkecimpung dalam bidang lakonan tau. Apa yang lebih menarik tentang Arena ialah dia mahir ukulele, gamelan, piano dan gitar! Orang kata kalau dah ada darah seni, like father like daughter jawapannya. Baru-baru ini, Iman Wan menghadiahkan Arena sebuah laptop baru dan menerusi kapsyen video tersebut, Iman menyatakan Arena seorang anak yang memahami dan tidak pernah meminta jadi laptop tersebut merupakan hadiah istimewa buat Arena. So sweet anak beranak ini tau!

DATUK AFDLIN SHAUKI & MIA SARA

Satu lagi pasangan anak dan bapa berdarah seni. Anak kepada Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara mula menempah nama dalam industri seni sejak kecil lagi. Sudahlah pandai berlakon, Mia juga pandai menyanyi tau! Menurut Datuk Afdlin, beliau tidak ada masalah jika anak-anaknya memilih kerjaya seni sepertinya. Mia Sara merupakan anak sulung daripada tiga orang beradik dan adik bongsunya sangat minat K-Pop!

NORMAN HAKIM & MARISSA DANIA

Norman Hakim pernah dihujani dengan banyak DM daripada jejaka solo yang berhasrat nak jadi calon imam kepada anak perempuannya, Marissa Dania. Amboi gais, Marissa baru sahaja berusia 15 tahun ya.. tahun ini baru nak ambil PT3! Muda lagi gais, sabar okay! LOL! Marissa Dania merupakan anak kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi. Marissa sangat rapat dengan ayahnya, Norman.. Jadi untuk bakal imam Marissa kena pandai ambil hati ayah dia dulu gais! Buat masa ini Marissa sangat aktif buat review di Instagram miliknya.. Sekolah belum mula lagi, jadi bila ada banyak masa di rumah apa lagi kita nak buat betul tak?

Untuk hari bapa tahun ini korang hadiahkan ayah apa? Kalau tak berkesempatan nak belikan hadiah pun tak apa, korang boleh je bagi hadiah ‘percuma’ seperti cuci kereta, urut kaki atau masakan makanan favorite ayah korang. LUNARIA ucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa di luar sana!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Antara K-Idol Yang Pernah Hidup Susah Sebelum Popular

Kenapa Ramai Gilakan Playstation 5 Ni?