in ,

Banyak Sangat Minum Kopi TikTok, Ini Keburukan Kaffein

Sumber gambar: Pinterest.com

Sini kopi Tiktok, sana kopi Tiktok. Pagi kopi Tiktok, petang pun sama, sambung sampai malam. Maka hari-hari la minum kopi Tiktok sebab senang sangat nak buat dan sedap!

Sedap tu sedap juga minum kopi Dolgano, tapi jangan la minum hari-hari. Air tu bukan setakat manis tapi tak elok juga banyak minum air berkafein setiap hari. Bukan apa, risau dapat penyakit lain pula lepas minum banyak sangat air kopi, lagi-lagi for those yang tak biasa minum air kafein .

Image result for dolgano coffee recipe
Sumber gambar: Aimanabdullah

Since air ni mula viral, maka ramai la yang buat dan daripada yang tak minum kopi pun tiba-tiba dah boleh minum kopi. Tapi tak semua orang boleh adapt benda tu sebab ada certain akan dapat side effect lepas minum air kafein ni. Boleh jadi disebabkan kandungan kafein yang berlebihan dalam badan kita.

Untuk pengetahuan Lunagirls, memang ada kebaikan kalau kita minum kafein ni dan ada juga keburukan disebaliknya. Side baiknya ialah kafein dapat menenangkan fikiran kita at the same time meningkatkan daya ingatan serta melegakan keletihan seharian. That’s why ada certain orang minum kopi kalau rasa penat.

Tapi kalau berlebihan, lain pula effect yang akan terjadi pada diri kita. Ia akan merisikokan diri sehingga menyebabkan kita rasa pening kepala. Orang yang lebih cenderung dengan effect minuman kafein ni ialah golongan warga tua, pesakit tekanan darah tinggi, kanak-kanak dan remaja.

Image result for aesthetic coffee
Sumber gambar: Tumblr

Walaupun kenaikan sementara tekanan darah ni kita tidak sedari dengan cepat. tapi ia akan menyebabkan kesan buruk apabila kita mengambilnya dalam keadaan yang kerap which is sehari dalam tiga ke empat kali. Bila minum air kafein ni, tahap glukosa dalam darah juga akan menjadi tinggi sehingga menyebabkan penyakit jantung. Ha, jangan ingat kita yang muda remaja ni tak ada penyakit jantung ya.

Lebih-lebih lagi kalau minuman 3in1 which is didalamnya sudah disertakan kandungan gula. Bila kita minum air 3in1, kita dah tak boleh nak adjust kandungan gula so memang akan jadi manis melainkan korang sanggup minum air tawar sebab nak hilangakan rasa manis tu.

That’s why for those yang minum terlebih banyak kafein akan mengalami rasa gangguan tidur, menggigil, sakit perut, muntah, sakit dada dan juga berdebar-debar. Kalau korang mengalami masalah macam ni, dinasihatkan untuk minum air suam atau terus berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut.

Image result for aesthetic coffee
Sumber gambar: Imgur

Before nak minum air kafein tu, tanya dulu pada diri sendiri adakah korang akan alami sebarang simptom pelik? Let say waktu first korang minum tu, ada apa-apa rasa lain pada badan? Sama ada rasa resah gelisah, cemas atau keletihan? Adakah masa tidur korang tertanggu? Atau sama sahaja? Kalau sama, mungkin badan korang boleh terima kafein dalam badan, cuma pastikan jangan minum terlalu banyak.

Jangan biasakan diri minum terlampau banyak air berkafein setiap hari sebab memang tak baik untuk kesihatan melainkan korang hadkan pengambilan setiap hari. Tak perlu nak ikut trend sangat sampai abaikan kesihatan okay?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Kekal Cantik Walau Hanya Duduk Rumah Sahaja

Senarai Menu Masakan Mudah Boleh Belajar Di Rumah