in ,

Banyak Baju Lama Nak Buang? Jom DIY Jadi Baru!

Sumber Gambar: http://fayahfayah.com

Hai #Lunagirls! Korang ada tak baju lama yang tak pakai dah? Selalu korang buat apa dengan baju-baju tu buang atau buat charity? Bagus kalau buat charity tapi janganlah buang, sebab selain di buang korang boleh DIY tau pakaian lama ni.. Nak tahu DIY jadi apa? Haa, jom tengok apa yang LUNARIA share ni..

HEADBAND

Sumber Gambar: http://alldaychic.com

Calling for headband lover! Daripada korang berhabis duit beli headband yang mahal tu, apa kata buat sendiri dengan t-shirt lama! Kalau korang ada t-shirt favorite yang dah buruk, haa lagi bagus! Tak susah pun girls, potong baju tu menjadi beberapa line yang panjang dan cantumkan dengan t-shirt yang mempunyai corak lain! Lepastu twist macam nak buat tocang rambut tu, simple!

GELANG

via GIPHY

Yasss! Gelang pun kita boleh buat tau, sama je macam nak buat headband tadi! Cuma pilih la t shirt yang sedikit bercorak, supaya gelang korang nampak lebih menarik! Mesti ramai kawan-kawan korang akan tanya nanti “mana beli gelang ni?” korang jawab je DIY je please! Hihi!

SARUNG BANTAL

Sumber Gambar: https://www.99.co

Kalau korang betul sayang t shirt tu tak nak berpisah walaupun dah koyak atau kotor, janganlah buang! Apa kata jadikan ia sebagai sarung bantal korang.. Senang je! Korang hanya perlu jahit bahagian lengan dan leher, lepastu masukkan bantal kapas, damn dah siap! Boleh dah buat ‘peta’ dekat baju kesukaan korang tu.. ops!

TOTE BAG

Sumber Gambar: http://itityj2.mila.ru.net

Sekarangkan bag plastic dah kena charge RM 0.20, jadi apa kata kita buat DIY tote bag untuk bawa beli barang dapur atau pergi pasar! Jadi sambil berjimat kita boleh selamatkan bumi! Kalau ramai orang buat DIY beg ni, mesti bumi akan bebas daripada plastik! Cuma ‘manusia plastik’ je belum jumpa solution macam mana nak kurangkan.. Huhu!

ALAS KAKI

Sumber Gambar: http://midasouvenir.blogspot.com

Sealunya dekat kedai ada jual alas kaki yang macam carik-carik ni kan? Tahu tak sebenarnya ia diperbuat daripada kain perca atau kain lebihan! Nak buat sendiri pun boleh #Lunagirls, korang hanya potong t-shirt lama jadi bahagian yang kecil dan jahitkan kesemuanya sekali! Nak lagi lawa, letak kain colorful sikit, mesti comel! Hihi!

Ha! Macam mana gempak tak idea Ummi ni #Lunagirls? Tunggu apa lagi.. jom ajak your girls squad untuk buat sama-sama.. mesti best tau! Bukan je kita boleh jimat, kita boleh pakai barang lain daripada yang lain! Yay!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Unnie So Cute! Trend Rambut K-Pop!

Maigadd! Kantoi Pula Tengah Stalk!