in

Bangun Lambat? Jangan Bagi Alasan Malas Ke Sekolah

Sumber gambar: www.wasabi-jpn.com

ALAMAKKKKK dah pukul 7?! Cepat nya masa! Argghhh.. malasnya nak bangun…….

via GIPHY

Haaaa, siapa selalu macam ni? Hari-hari lambat pergi sekolah sebab malam tadi tidur lambat, buat kerja sekolah, study, ehh macam-macam lah.. sampai terlampat nak pergi sekolah! Pagi tu la baru nak gosok baju dan kemas buku kan? LUNARIA tahu.. Hihi! Jom tengok tips yang LUNARIA nak kongsikan untuk korang yang selalu lambat ke sekolah!

SIAP AWAL

via GIPHY

Kalau korang jenis bila pakai tudung ‘wajib’ on point, why not bangun awal sikit bila nak ke sekolah tu! Tapi kalau rasa takut bangun lambat juga, malam tu gosok baju sekolah sebelum tidur, siapkan jadual buku, prepare keperluan lain! Ehem, letak stokin siap-siap juga tau.. nanti esok pagi tak jumpa lagi sebelah pula..hehe!

TAHU WAKTU PERJALANAN

via GIPHY

Setiap hari ulang alik dari sekolah ke rumah, so mesti dah tahu jarak perjalanan kan? Make sure korang tahu jalan short cut supaya dapat elak daripada stuck dalam jam. Kalau memang tak ada jalan lain dan confirm jam setiap pagi, korang kena la keluar awal untuk sampai cepat ke sekolah.

JANGAN BAGI ALASAN

via GIPHY

Setiap pagi pergi sekolah naik bas then tiba-tiba pagi tu korang tertinggal bas sebab lambat siap? It’s okay girls, boleh je minta parents hantarkan atau tumpang kawan-kawan yang duduk dekat area rumah tu. No excuse ya girls.

TIDUR AWAL

via GIPHY

Tak lain tak bukan mesti la kena tidur awal kalau nak bangun awal! Girls, disiplinkan diri untuk tidur awal supaya esok pagi tu korang tak rasa mengantuk untuk ke sekolah. Kalau selalu lambat mesti akan kena denda dengan cikgu nanti..

Whatever it is, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Kalau sampai awal ke sekolah mesti korang dapat mulakan hari dengan lebih bersemangat! Good luck girls~

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Azam 2019 Buat Tiktok, Okay Tak? Haha

Ketiak Hitam Manis Ke Bau Masam?