in ,

Bang Bang Con! Concert BTS Khas Untuk BTS ARMY #DudukRumah

Sumber gambar: koreaboo.com

Woah! Bila tempoh kuarantin dilanjutkan lagi, agak mencabar dan bosan juga untuk kita nak fikir aktiviti apa lagi kita boleh buat betul tak? Tapi memang ibarat satu kemenangan untuk BTS ARMY sebab BTS akan buat Bang Bang Con iaitu concer marathon khas untuk semua peminatnya di seluruh dunia. Yeay! Memang benda ini buat Zoe dan Tee excited sangat sebab kami berdua pun BTS ARMY juga!ย 

Sumber gambar: home

Untuk pengetahuan korang, concert marathon itu akan diadakan selama dua hari berturut khas langsung di YouTube channel BTS sendiri iaitu pada 18 dan 19 April ini pada pukul 12 tengahari waktu Korea Selatan dan untuk waktu Malaysia adalah pada pukul 11 pagi. Untuk konsert pada 18 April, mereka akan beri siaran khas dari konsert 2015 BTS LIVE ON STAGE, 2016 BTS LIVE ON STAGE: EPILOGE, 2014 BTS LIVE TRILOGY: EPISODE II THE RED BULLET, BTS 3RD MUSTER [ARMY.ZIP].

Bagi siaran khas pada 19 April pula adalah dari konsert THE WINGS TOUR 2017, BTS 4TH MUSTER dan LOVE YOURSELF. Woah! Memang untung betul korang sebab semua konsert ini kalau nak tengok liveย punya memang tak semua dapat sebab ada yang kena beli DVD yang harganya tidak semua ARMY mampu atau mungkin sekarang ini dah sold out dah pun.

via GIPHY

Jadi BTS ARMY semua mesti korang dah tak sabar! Bukan setakat itu sahaja, dengarnyaย lightstick BTS iaitu ARMY BOMB kita pun akan connect satu dunia dengan warna yang sama tau! Weh!!! Memang macam konsert betul! Betullah bak kata ramai orang yang BTS ini memang sangat sayangkan ARMY dia. Special betul hubungan antara korang! Ehem! ARMY BOMB BTS yang baru versi Maps Of The Soul pun lepas ini akan keluar juga. Tapi bila tarikhnya, korang kena tunggu announcement dari Big Hit Entertainment!

Mesti ramai BTS ARMY yang tak sabar sangat nak tunggu weekend ini! Dah siap ke belum concert stater pack korang semua? Ala tak tahu ke apa dia? Of courseย internet yang laju, bateri yang penuh di deviceย korang, ARMY BOMB dan juga suara dan hati yang cekal untuk menjerit! LOL! Kalau boleh, ajak satu family korang sekali untuk tengok konsert BTS nanti okay!!

Seronoknya kalau Tee dan Zoe dapat tengok concert ini bersama sebab ia akan lagi kecoh dan kami dapat nyanyi sama-sama! Mungkin kita boleh buat post-concert live di Instagram @Lunariamy? BTS ARMY yang lain nak join tak? Kita boleh nyanyi sama-sama dan feeling macam kita baru balik concert sebenar BTS! LOL! Kalau korang setuju, komen di bawah okay! Yas, tak sabarnya!

Sumber gambar: zoe_lunaria

What do you think?

34 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Nak buat macam Mana army bomb pun saya Tak de nak beli Tak mampu,saya pun nak jugak macam orang lain Ada army bomb ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Victor The Drum Destroyer Diarah Keluar Band

“Sejak PKP, Saya Pandai Main TikTok”, Kesan PKP Kepada Orang Ramai