in ,

Band K-Pop Sebenarnya Tak Sama Dengan K-Idol!

Kalau cakap tentang Korea, ramai hanya fikir tentang K-Pop dan K-Drama saja, betul tak? Dan kadang-kadang ada juga yang anggap semua muzik di Korea itu adalah K-pop walaupun sebenarnya mereka adalah band yang bawa muzik dengan genre yang berbeza. Seperti sebelum ini, antara band K-pop yang kita kenal adalah seperti FT Island, CN Blue, Seo Taiji & The Boys dan lain-lain. Untuk pengetahuan semua, mereka masih lagi aktif dalam industri muzik Korea. Jom LUNARIA perkenalkan kepada korang antara band Korea yang sebenarnya sama hot dengan K-Pop idol.

DAY6

Untuk pengetahuan semua, Day6 adalah band yang bernaung dibawah agensi yang sama dengan Twice, GOT7, Stray Kids dan banyak lagi. Mereka debut pada tahun 2015. Konsep muzik yang dibawakan oleh Day6 adalah berunsurkan soft-ballad dan pop punk. Oleh sebab itu, nama mereka mendapat tempat di hati peminat utamanya di Korea.. Pada tahun 2017, Day6 pun ada buat satu projek yang diberi nama Every Day6 yang mana konsep lagu yang dikeluarkan mereka adalah bersiri dan dikeluarkan setiap bulan dengan pelbagai tema seperti cinta, persahabatan dan lain-lain. Konsep mereka sekarang ini adalah seperti 80-an macam dalam lagu baru mereka iaitu “Sweet Chaos”.Kalau dengar lagu mereka sekali, mungkin korang akan suka

THE ROSE

The Rose pun antara band yang dah lama ada dalam industri Korea sebab mereka mula debut tahun 2017. Dan sebenarnya sebelum debut lagi, The Rose dah ada peminat sendiri di Korea sebab mereka adalah band yang selalu busking macam di tepi jalan. Nampak tak? Usaha tangga kejayaan? Single pertama mereka “Sorry” adalah salah satu lagu yang paling hit sebab emosi dalam lagu itu samgat menyentuh hati pendengar. Bukan setakat itu saja, vokalis utama The Rose, Woosung punya vokal pun memang berbeza dari penyanyi lain sebab suara raspy dia itu boleh sebati dengan muzik ala pop-rock dan lirik introspektif yang deep.

HYUKOH

Muzik yang dibawakan oleh Hyukoh lebih dikenali dengan genre sinematik indie dan melankolis. Nama band mereka telah diangkat naik selepas muncul dalam satu program televisyen di Korea iaitu Infinite Challenge. Selain itu, band ini juga merupakan salah satu contoh terbaik dalam penyusunan muzik yang luar biasa, video muzik yang agak strong dan liriknya yang agak rare yang membuatkan ramai orang terpikat dengan muzik lain dari yang lain dibawakan oleh penyanyi utama kumpulan itu iaitu Oh Hyuk yang mampu berbahasa Mandarin dan Inggeris selain bahasa ibundanya Korea. World tour pertama band Hyukoh bersempena album “23” yang keluar pada 2017 pun mendapat sambutan tau! Cuba korang layan lagu Hyukoh, memang feeling betul bila dengar.

N.FLYING

Untuk band N.Flying pula, konsep muzik mereka adalah rock dan rap. Mereka debut di Jepun pada tahun 2013 dahulu, sebelum di negara sendiri di Korea iaitu pada tahun 2015 dengan single yang diberi nama “Awesome”. Untuk pengetahuan awak semua, mereka ini adalah junior CN Blue dan FT Island juga. Hmm, no wonder sama hebat dengan abang-abang dia ya!

Jadi, sekarang ini #Lunagirs dah kenal kan beberapa band K-Idol yang power selain nama-nama yang mainstream seperti BTS dan BLACKPINK bukan? Lepas ini, bolehlah korang cuba layan muzik yang relax sikit dengan K-band macam ini. 

What do you think?

9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Kenapa Pelajar Sekolah Ada Tekanan

Tempat Rare Untuk Penuhi Masa Cuti Sekolah! 💯