in ,

Bakal Keluar Album Baru, BTS Akan Update Live Vlog Seminggu Sekali

Sumber gambar: youtube.com/koreanow

Memang tak dinafikan, sejak kuarantin disebabkan wabak korona virus ini. Ramai sangat yang rajin untuk update pelbagai aktiviti yang korang buat dirumah. Bukan setakat itu sahaja, para artis, ahli politik, cikgu dan ramai lagi memang akan sentiasa update apa sahaja yang korang buat di rumah. Para penyanyi dalam industri hiburan pun ramai yang suka kongsi cover lagu mereka, ada yang suka buat video live di media sosial untuk tahu khabar para peminat mereka termasuk juga dengan penyanyi K-Pop yang menjadi kegemaran ramai ini iaitu BTS yang baru sahaja membuatkan para peminatnya BTS ARMY gembira dan seronok dengan konsert #stayconnected Bang Bang Con pada 18 dan 19 April lalu.

Sumber gambar: teenvogue

Kalau korang yang BTS ARMY ini ingat atau tidak, hari sebelum konsert Bang Bang Con dijalankan. Leader of BTS iaitu RM atau Kim Namjoon tiba-tiba buat siaran langsung dari channel rasmi Youtube vlog BTS iaitu BANGTANTV. Memang ramai juga ARMY yang tengok dan di situ RM telah berkongsi dengan para peminatnya tentang aktiviti yang dia buat semasa live dan apa yang buat kan ramai ARMY lagi teruja adalah bila RM cakap yang BTS bakal kongsi aktiviti mereka seminggu sekali di channel Youtube tersebut untuk buat satu lagi album baru!Β 

RM siap cakap yang disebabkan ramai pihak nak kan ini, mereka BTS akan telah berbincang dan ambil keputusan untuk buat satu album baru untuk comeback akan datang. Katanya, belum ada keputusan yang muktamad lagi tentang konsep, gaya muzik dan lagu apa yang akan dinyanyikan sebab semua ini baru sahaja nak dijalankan dan mereka akan kongsi dengan live stream di Youtube tentang proses album itu akan dibuat! Woah! Menang besar ya BTS ARMY kali ini! Obvious sangat BTS ini sayang ARMY dia sepenuh hati!

Sumber gambar: aminoapps

“As a lot of people expected, our album is going to come out. We started preparing the album. I’d like to share our preparation process. We’re thinking about how much to share, but we’re going to share from now on… There’s no specific decision on what song or style of music to sing. The story has just begin.”

Di samping itu, ada juga BTS ARMY yang risau dengan BTS sebab mereka bekerja terlalu kuat dan Zoe pun sangat setuju dengan kenyataan para ARMY yang lain sebab BTS ini macam kalau kita tengok pun ada sahaja benda yang nak dibuatnya tapi tak apa lah, asalkan mereka seronok dengan apa yang mereka buat, kita kena lah happy juga okay! Jangan risau tentang kesihatan mereka sebab mereka pun mesti nak diri mereka sihat juga kan? Hehe!

Sumber gambar: omonatheydidnt

Jadi, selepas ini mesti ramai BTS ARMY yang cuba come up dengan pelbagai teori dan logik korang untuk tahu konsep album seterusnya kan? Woah! Dah macam detektif korang ini! Gigih betul kan! Tapi macam best pula ambil tahu setiap teori yang BTS tinggalkan clue untuk kita sebab BTS sendiri percaya ARMY luar sana ramai yang genius dan lebih expert. Apa-apa pun, nak cari dan ambil tahu setiap teori itu boleh sahaja tapi jangan nanti korang terkejut dengan comeback mereka okay!Β 

Sumber gambar: keanugemilang

What do you think?

36 points
Upvote Downvote

Comments

Komen
  1. Ramai kate yg BTS ni muka pembedahan plastik yg haters lah tapi Army ckp BTS muka original . Walau pon saya Army saya tak berape yakin lah original ke plastik . – mcm mane nk dptkan maklumat BTS yg mcm lunaria ni bagi ea ? –

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Aktiviti Bersama BFF Selepas PKP

Salun Tutup? Jom Cantikkan Rambut Guna Lemon