in ,

Bakal Ada Wayang Drive-In Pertama Di Malaysia

Sumber gambar: Globaltimes.com

Lecehnya kena beratur nak masuk wayang… Lepastu dekat dalam dah kena jarak dua kerusi, susah nak share popcorn dah kena beli seorang satu bekas pula…

Aikk, haritu panggung wayang tutup korang semua merungut. Sekarang dah buka pun merungut juga? Ala, takpe la sekali sekala duduk jauh waktu tengok wayang apa salahnya kan. Nanti keluar dari wayang dah boleh jalan bersama-sama.

Macam yang korang tahu sejak 1 Julai yang lepas, panggung wayang di Malaysia sudah dibuka semula untuk orang awam. Bermula saat itu, ramai yang telah berkunjung ke panggung wayang bagi menyaksikan filem yang mereka nanti-nantikan. Sekarang ni pun banyak panggung wayang tengah buat promotion potongan harga dan promotion yang lain menanti korang. Tapi itu bukan tumpuan utama harini, tumpuan utama kita ialah wayang drive-in di Malaysia!

The safest movie experience is in your car: Drive-in theaters may ...
Sumber gambar: Koreajoong

Korang pernah tengok tak konsep tengok wayang dalam kereta tu? Ha, dengar cerita nanti konsep sebegitu bakal masuk ke Malaysia! Tak perlu dah la kita nak bersesak-sesak masuk dalam mall semata-mata nak tengok wayang.

Konsep panggung wayang drive-in ini merupakan yang pertama di Malaysia. Perkara ini disahkan sendiri menerusi posting di akaun Instagram @mjjunction2020 menerusi satu program di bawah anjuran TwoSpicy Entertainment Live dan juga MD Events Asia. Tayangan akan dilakukan di kawasan terbuka serta luas dan pengunjung akan dapat menonton wayang dari dalam kereta bersama orang yang tersayang, tak perlu korang nak jarak dua kerusi dah.

Namun tarikh tayangan dan juga lokasi tidak diberitahu lagi. So kita tunggu je la bila mereka akan umumkan, buat sementara waktu ni korang get ready je inform kawan-kawan rapat nanti boleh la ajak tengok sekali. Bawa makanan banyak-banyak dan enjoy movie dekat dalam kereta, baru la feeling Mat Salleh.

Maklum la semenjak panggung wayang dah dibuka, masih ada yang rasa tak yakin untuk menonton wayang. Tengok sahaja la beberapa berita tentang tempat duduk di dalam panggung wayang yang berkulat tu. Ramai yang fobia takut nanti duduk dekat kerusi yang berkulat. Bahaya juga kalau macam tu sebab kulat ni bahaya kalau kena dekat kulit kita, habis jadi gatal-gatal nanti. So mungkin disebabkan itu la tercetusnya idea panggung wayang drive-in ni.

Baru-baru ini dengarnya negara jiran kita, Indonesia pun akan memperkenalkan ‘Drive-In Cinema’ dibawah inisiatif oleh syarikat Ergo and Co. Tetapi perkara itu masih lagi dalam kajian undang-undang di Indonesia. Pembelian tiket akan dilakukan secara dalam talian dan mereka hanya perlu menunjukkan barcode sahaja. Mungkin cara ni juga akan dilakukan dekat Malaysia nanti?

Sebelum ni ‘Drive-In Cinema’ sudah diperkenalkan dekat negara-negara Asia Tenggara. PKPP punya pasal, sampai dekat Malaysia pun bakal buat benda yang sama which is good la untuk kita juga. At least tak perlu nak tengok wayang dekat mall dah, hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Remaja Perlu Minum Susu Dan Makan Sayur?

β€œMacam Orang Tak Betul Je Cakap Seorang Diri…” SALAH! Ini Kelebihan Self Talk!