in

Baju Sekolah Comot Kalah Budak Lelaki! 🤦‍♀️

Sumber Gambar: https://siraplimau.com/

Eh! Baru dua bulan sekolah, baju dah comot? Alamak! Kita perempuan kena jaga kebersihan tau.. Baju sekolah #Lunagirls mak basuhkan ke korang basuh sendiri? Haa, jujur dengan Ummi cepat! Hehe! Sebenarnya,ada ‘rahsia’ untuk elakkan baju kita dari cepat kusam dan comot tau! Kalau nak tahu, jom baca petua Ummi..

ASINGKAN BAJU

Sumber Gambar: http://sunanofficial.weebly.com

Elakkan cuci baju sekolah korang dengan pakaian berwarna gelap, tuala dan cadar sebab ia boleh merosakkan kain dan warna baju tau! Kita tak tahu baju mana yang warnanya mudah luntur.. bila hari-hari kita basuh sekali, lama-lama baju kita pun akan bertukar warna! Lebih lagi kalau baju tu baru beli, jangan basuh sekali dengan baju sekolah okay?

RENDAM AIR BERSESUAIAN

via GIPHY

Sekarang #Lunagirls tengok dekat label baju sekolah bahagian size tag atau pun tepi poket belah dalam.. Ada  tulis material baju sekolah korang sesuai dibasuh dengan air sejuk ataupun panas kan? Kalau boleh rendam dengan air panas lebih elok tau. Sebab ia takkan merosakkan warna baju korang dan kurang sikit kedut, senanglah nak iron.. 

GUNA LEMON ATAU CUKA

Sumber Gambar: http://sunanofficial.weebly.com/

Biasanya orang akan guna peluntur baju untuk putihkan baju, tapi tak elok kalau digunakan selalu sebab ia akan buat baju kita mudah reput.. Jadi #Lunagirls boleh gantikan peluntur baju dengan bahan semulajadi seperti lemon atau cuka masakan! Bahan ini akan bantu jadikan pakaian korang putih seperti baru.. Korang buat dua atau tiga kali sebulan pun okay je!

ELAK DARI MATAHARI

Sumber Gambar: https://jurnal.maskoolin.com

Bila matahari terik paling sesuai untuk jemur baju.. tapi untuk baju sekolah sangat tak sesuai tau #Lunagirls! Sebab baju kita akan mudah kusam akibat terdedah di bawah matahari terik! Kalau boleh jemur di tempat yang redup sikit. Ala! Baju pun nak manja-manja macam kulit kita, tak boleh kena matahari nanti sunburn! Hihi!

Minggu ni dah basuh baju sekolah belum #Lunagirls? Dah hari Ahad ni, baik basuh cepat sebelum mak ‘menyanyi’.. Hehe! Jangan lupa gosok baju terus okay! Kalau esok baru nak gosok, kelam kabut jawabnya nanti..

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ssshhh! Ni Port Rahsia Nak Sorok Barang…

Muka Cantik, Tapi Bilik Bersepah! Siapaaaa Tu?