in , ,

Baju Sekolah Asyik Kotor? Ni Cara Kekalkan Warna Putih

Sumber gambar: http://www.jasduit.com/2018/04/petua-basuh-baju-sekolah-anak-tanpa.html
Sumber gambar: Lunaria

Aduhh, baru pakai dua hari dah kotor balik baju sekolah ni! Balik ni confirm kena marah dengan mak sebab tak jaga baju elok-elok.

Baju sekolah kotor yang paling Ainaa tak suka waktu dulu. Biasanya kalau kita nak maintain warna putih dekat baju tu, kita akan rendam dengan nila atau peluntur. Tapi nanti sama je, confirm warna jadi pelik dan tak cantik. Daripada membazir duit beli baju yang baru pakai beberapa bulan tu, baik ikut cara yang Ainaa jumpa ni. Since Ainaa dah habis sekolah, tak boleh la nak try dekat baju sekolah. Maybe korang boleh cuba dulu dan share dekat Ainaa result tu. Caranya ialah korang just perlu…

READY SABUN BUKU

via GIPHY

Tak kisah apa-apa jenama sabun buku sekalipun, semua boleh. Asalkan ianya sabun buku dan bukannya sabun serbuk atau cecair. Kalau boleh terus beli yang anti bacteria, senang sikit sambil menyelam minum air. Sambil cuci baju sambil hilangkan bacteria.

PARUT SABUN

Sumber gambar: https://www.facebook.com/sitiaziahroslan.roslan/posts/2066234410134034

Pinjam alat parut mak dekat dapur tu dan korang boleh mula parut sabun dekat dalam bekas yang lain. Tak kisah la nak simpan dalam plastik ataupun bekas tupperware mak korang, cuma jangan guna yang mahal, cukup guna plastik pun dah okay. Habiskan je satu atau dua sabun yang korang gunakan tadi.

MASUKKAN SABUN DALAM MESIN

Sumber gambar: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10218454396774531&set=pcb.10218454402974686&type=3&theater

Make sure hanya ada pakaian warna putih je dekat dalam mesin tu, warna lain tak dibenarka sama sekali berada dalam mesin waktu proses ni dilakukan. Masukkan half atau satu buku sabun yang dah diparut tadi.

RENDAM SEMALAMAN

Sumber gambar: https://calice.com.my/blog/4-tip-penjagaan-kain-cotton-yang-orang-ramai-tak-tahu

Kalau boleh baju yang korang campurkan dengan sabun tadi direndam selama semalaman before basuh keesokan harinya. Sabun parut tadi berfungsi untuk tanggalkan segala macam kotoran dekat baju putih tu. That’s why kena asingkan dengan baju bewarna sebab takut baju lain luncur warna pula.

After dah rendam tu, korang boleh la basuh baju tu macam biasa dan hasilnya… Baju akan jadi lebih bersih dan putih! Tak semestinya cara ni boleh digunakan dekat baju sekolah je, baju biasa yang berwarna putih pun boleh je. Nanti share juga result korang ya girls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Main Phone Punca Tulang Jari ‘Lari’?!

Nak Mengurat Pun Kena Ada Cara 😍