in ,

Baju Raya Terkena Rendang? Guna Tips Ni…

Sumber gambar: www.wikihow.com

via GIPHY

Baru sejam keluar beraya.. tudung dah kotor la, baju terkena rendang la itu la ini la.. Urghhhh stressnya semua benda nak comot!

Haha! Chill girls jangan terus buang pula pakaian yang kotor tu even dah kena sental pun still tak hilang. Korang mesti selalu hadapi masalah pakaian terkena lipstick, kuah masak merah, sos cili, kesan minyak.. ehh banyak lagi la! Hmm.. tak semestinya nak hilangkan kesan kotor ni semua kena guna pencuci mahal tau! Ada beberapa jenis kotoran yang korang boleh hilangkan hanya guna bahan dekat rumah je..

KESAN MINYAK

Sumber gambar: Women Online Magazine

Tengah sedap makan nasi mpit kuah kacang, minyak  kuah kacang pula terpercik dekat baju? Jangan risau.. cepat tanya tuan rumah, ada simpan minyak tanah tak? Sebab korang boleh guna minyak tanah untuk hilangkan kesan minyak tu! Letak sikit minyak tanah dekat kesan kotor dan perah limau nipis then gosok sampai kesan minyak tu hilang. Bilas sikit then ready untuk jemur dekat ampaian.

KESAN SERBUK KUNYIT

Sumber gambar: mingguanwanita.my

Mak minta tolong gaul ayam dengan kunyit, tengah syok gaul tu boleh pula serbuk kunyit kena dekat baju, habis kuning jadinya! Before kesan kotor tu berkekalan, better cepat-cepat rendam baju tu dengan sabun yang berbuih then berus bahagian kotor. Terus sidai tampa perlu bilas kesan sabun. Dah kering, angkat dan cuci sampai kesan kunyit tu hilang selamanya.

KESAN KARAT

Sumber gambar: nurseri bandar seri ehsan

Basuh tudung sekali dengan pin masuk dalam mesin lepastu terus karat? Woww ganas ya girls tak tanggalkan pin tu. Hehe! Jom cari limau nipis untuk sental dekat kesan karat then rendam dalam air geram sekejap. Cuba banyak kali untuk tengok result yang power!

KESAN SAMBAL

Sumber gambar: larastrianidewi – WordPress.com

Sedap sangat makan nasi lemak sampai sambal terkena dekat baju! Cepat-cepat sapu bedak serbuk dekat bahagian yang terkena minyak. Biarkan bedak tu serap kesan mintak makanan before korang berus bersih.

After this no more excuse untuk beli baju raya baru lagi! Boleh simpan duit raya korang beli benda lain.. Yay! Tapi kalau korang ada cara lain, share sikit dengan Ainaa okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lepas Kena Banned, Harga Huawei Jatuh 90%

Katakan Tidak Pada Sakit Perut!