in ,

Baju Pun Boleh Ada Tahi Lalat? Macam Pelik Je…

Sumber gambar: https://www.sheknows.com/home-and-gardening/articles/8153/stain-removal-smarts-how-to-get-stains-out-of-your-clothes-2/

Baju baru rendam sehari dah ada tahi lalat? Tudung sekolah baru pakai tiga kali pun dah tumbuh tahi lalat? Peliklah. Dari mana datangnya tahi lalat ni?

Sumber gambar: https://www.keluarga.my/baju-terkena-tahi-lalat-jangan-dibuang-cuba-petua-superb-ini/

Tahi lalat ni boleh dikatakan one of the annoying things yang akan kita hadapi dan ia terjadi disebabkan pakaian atau tudung kita dalam keadaan yang lembap pada masa yang lama. Sometimes kita tak perasan pun ada baju yang lembap dalam bakul baju, dan bila ia terkepam, mula la start ada tahi lalat. Tapi takkan nak buang terus pakaian tu kan? Mesti rasa sayang sebab ia masih elok lagi. So, why not korang cuba cara yang Ainaa nak suggest yang mana korang tak perlu keluarkan banyak duit pun…

BAKING SODA

Sumber gambar: https://www.kriya.co.id/media/manfaat-lain-baking-soda-yang-jarang-diketahui-orang

Selain guna baking soda untuk kurangkan sinki tersumbat, korang boleh juga guna untuk hilangkan  tahi lalat. Tak kisah korang nak bancuh dalam bentuk pes atau terus letak serbuk tu dekat area tahi lalat sebab baking soda tu akan serap bau yang keluar daripada tahi lalat dan kulat yang ada pada pakaian. Let say if korang dah letak baking soda pun still tak hilang juga, boleh tambahkan sikit cuka putih dalam pes baking soda tu.

CUKA

Sumber gambar: https://www.gulalives.co/mencuci-pakaian-dengan-cuka/

Pernah dengar tak orang tua-tua kata cuka ni bagus digunakan untuk buang kuman dekat pakaian baby. Sebab tu kita kena rendam baju baby yang baru dalam campuran cuka dan air biasa untuk bunuh kuman. Sama juga dengan tahi lalat. Cuka pun bertindak sama dengan baking soda yang mana boleh serap bau busuk daripada tahi lalat dan kuman tu sendiri. Tapi jangan letak cuka banyak sangat ya, takut nanti satu baju ada bau cuka. Hehe!

PELUNTUR

Sumber gambar: Sumber gambar: https://siraplimau.com/cara-hilangkan-tahi-lalat-pada-pakaian/

AMARAN! Cara ni hanya boleh digunakan kalau pakaian korang tu warna putih sebab kalau pakaian tu berwarna, habis la buruk jadinya. FYI, peluntur ni adalah salah satu cecair yang sangat kuat dan berkesan untuk buang kulat dekat segala jenis pakaian atau permukaan lain macam lantai atau dinding. Campurkan sedikit peluntur dengan air bisa dan berus area tahi lalat tu sampai hilang. Ulang dengan cara campur sikit serbuk pencuci. Buat sampai tahi lalat tu hilang buat selamanya.

GARAM DAN JUS LEMON

Sumber gambar: https://siraplimau.com/cara-hilangkan-tahi-lalat-pada-pakaian/

Lemon kalau buat air memang sedap tapi tahu tak sebalik kesedapan lemon tu, ada banyak lagi kegunaannya? Korang just perlu perah sebiji lemon then campur dengan sedikit garam sampai jadi pes pekat. Lepas tu, sapu dekat area tahi lalat before berus macam biasa. Kalau taknak buat macam tu, korang boleh buat air rendaman lemon dan garam dan biarkan pakaian dekat dalam rendaman air suam tu selama sejam.

So after this dah tak ada alasan nak beli pakaian atau tudung baru sebab ada tahi lalat. Cuba buat macam yang Ainaa share ni before beli yang baru ya. Jangan membazir okay girls.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pegang Pun Kira Seksual Harrasment?!

Bila Liat Bangun Sahur, “Hantu” Datang!