in ,

Baju Lubang Jangan Buang.. Kita Tampal Je!

Sumber gambar: Kremb de la Kremb

Baju kesayangan berlubang sebab tersekat dekat paku? Oh no! Rasa macam dah tak boleh pakai tapi sayang nak buang? It’s okay girls sebab korang tak perlu pun buang baju tu.. Ainaa ada tips and tricks boek untuk korang! You girls hanya perlu ‘tampal’ lubang tu dengan cara…

PATCHES

Sumber gambar: AliExpress.com

Biasanya benang pada baju knitwear memang senang tertarik kalau tersangkut dekat mana-mana benda tajam.. Kalau baju #Lunagirls dah berlubang, cuba cari dekat IG shop or any stall yang ada jual patches menarik! Boleh guna macam-macam corak dan jahit atau gam je pada bahagian yang berlubang tu.. Akan nampak lagi cantik baju korang nanti!

TAMPAL KAIN

Sumber gambar: Tumblr

Cuba cari apa-apa jenis kain perca yang punyai warna lebih kurang sama dengan baju atau seluar korang yang dah berlubang tu.. #Lunagirls hanya perlu tampal kain perca tu dan jahit secara tersembunyi untuk menampakkan kecantikan pada kain! Buat dengan hati-hati okay girls.. take your time dan kalau takut salah, korang boleh minta tolong mak atau kakak okay?

JAHITAN CORAK

via GIPHY

Ainaa paling suka cara ni sebab kita boleh buat macam-macam corak melalui jahitan tu! Tapi korang kena guna benang mengait sebab lebih tebal.. Kalau tak pandai nak jahit menggunakan benang kait, #Lunagirs boleh minta tolong mak atau kakak ya! Cara jahitan ni ada macam-macam tapi korang kena tahu corak macam mana yang korang selesa supaya lebih mudah nak kait nanti!

JAHITAN TERSEMBUNYI

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang ambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga(ERT), korang mesti ada belajar cara jahitan kan? Haa, boleh la practice terlebih dahulu sebelum cuba dekat baju sendiri.. Hehe! Dengan cara tu, korang takkan nampak kesan lubang atau sebarang koyakan pada baju atau seluar.. But still, kalau tak faham macam mana nak jahit, boleh la tengok video tutorial di YouTube.

Ingat #Lunagirls, lepas ni jangan terus buang baju atau seluar yang terkoyak tu okay? Cuba dulu baiki dengan cara DIY.. Dan sebenarnya cara ni boleh juga dekat tudung tau! Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Mee Segera Secara Sihat? Serious Legit!

Masalah Utama Si Pemakai Cermin Mata! #ICanRelate