in ,

Baju Berlubang Jangan Buang.. Kita Tampal Je!

Sumber gambar: KrembdelaKremb.com

Kakak! Siapa buat baju adik berlubang? Aduhhh, orang baru nak pakai….. Makkk! Tolong!

Baju kesayangan berlubang?? Baju baru tersangkut di ampaian terus berlubang? Oh no! Rasa macam dah tak boleh pakai tapi sayang nak buang? It’s okay girls sebab korang tak perlu pun buang baju itu.. LUNARIA ada tips and tricks yang boek untuk korang! You girls hanya perlu ‘tampal’ lubang itu dengan cara…

PATCHES

Sumber gambar: AliExpress.com

Biasanya benang pada baju knitwear memang senang tertarik kalau tersangkut dekat mana-mana benda tajam.. Kalau baju korang dah berlubang, cuba cari dekat IG shop or any stall yang ada jual patches menarik! Boleh guna macam-macam corak dan jahit atau gam je pada bahagian yang berlubang itu.. Akan nampak lagi cantik baju korang nanti!

TAMPAL KAIN

Sumber gambar: Tumblr

Cuba cari apa-apa jenis kain perca yang punyai warna lebih kurang sama dengan baju atau seluar korang yang dah berlubang.. Korang hanya perlu tampal kain perca itu dan jahit secara tersembunyi untuk menampakkan kecantikan pada kain! Buat dengan hati-hati okay girls.. take your time dan kalau takut salah, korang boleh minta tolong mak atau kakak okay? Korang boleh belajar cara jahitan sembunyi di YouTube!

JAHITAN CORAK

via GIPHY

LUNARIA paling suka cara ini sebab kita boleh buat macam-macam corak melalui jahitan itu! Tapi korang kena guna benang mengait sebab ia lebih tebal.. Kalau tak pandai nak jahit menggunakan benang kait, korang boleh minta tolong mak atau kakak ya! Cara jahitan ini ada macam-macam tapi korang kena tahu corak macam mana yang korang selesa supaya lebih mudah nak kait nanti!

JAHITAN TERSEMBUNYI

via GIPHY

Untuk #Lunagirls yang ambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Ekonomi Rumah Tangga (ERT), korang mesti ada belajar cara jahitan betul tak? Haa, bolehlah practice terlebih dahulu sebelum cuba dekat baju sendiri.. Hehe! Dengan cara itu, korang takkan nampak kesan lubang atau sebarang koyakan pada baju atau seluar.. But still, kalau tak faham macam mana nak jahit, boleh tengok video tutorial di YouTube.

Ingat #Lunagirls, lepas ini jangan terus buang baju atau seluar yang terkoyak okay? Cuba dulu baiki dengan cara DIY.. Dan sebenarnya cara ini boleh juga dekat tudung tau! Selamat mencuba #Lunagirls!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Mee Segera Secara Sihat? Serious Legit!

Masalah Utama Si Pemakai Cermin Mata! #ICanRelate