in ,

Bahaya Pakai Baju Baru Beli Tanpa Basuh

Sumber gambar: wwd.com

Tak sabarnya nak pakai baju yang beli siang tadi! Nak basuh ke tak ya? Ahhh malas la, pakai je la esok, hehe! Baru la ada bau kedai.

Ehhhh, jangan terus pakai la baju yang baru dibeli tu! Korang kalau excited sangat nak pakai bju baru, please basuh dulu. Korang tak tahu kalau ada orang lain dah try baju tu before korang. Maybe baju tu dah ramai orang try dalam fitting room, jatuh dekat lantai ke. Korang terus pakai tanpa rasa bersalah dengan penuh gembiranya.

Image result for aesthetic cloth at shop
Sumber gambar: timeout

Girls, korang dalam golongan yang akan basuh baju baru dulu sebelum pakai atau terus pakai je sebab dah tak sabar dan malas nak basuh? Walaupun korang rasa baju tu bersih atau baru sebab dibungkus dalam plastik, tetap kotor juga tau. Kalau korang teruskan perangai macam tu, tak mustahil satu hari nanti korang akan ada masalah kesihatan sebab tak jaga kebersihan diri.

Baju baru sebenarnya menyimpan banyak potensi untuk kita dapat masalah kesihatan tanpa disedari. Actually, semua baju baru ‘wajib’ dicuci terlebih dahulu sebelum dipakai sebab ada bacteria tersembunyi. Kemungkinan untuk korang alami kegatalan sangat tinggi tapi bergantung juga dengan cara penyimpanan dan pembuatan baju tersebut. Maybe dekat kedai ia dah tersusun dan digantung dengan rapi.

via GIPHY

Tapi siapa tahu rupa-rupanya dekat kilang pembuatan, baju tu sebenarnya disimpan dekat tempat yang tertutup dengan habuknya lagi. Of course habuk akan melekat dekat baju dan seterusnya pada kulit badan korang. Lepastu nanti mula la rasa gatal-gatal, timbul bintik merah semua. Tak selesa la jadinya nanti. Untuk pengetahuan korang, kuman dan bacteria boleh masuk ke dalam tubuh badan kita melalui pori-pori kulit.

At the same time, bila kita berpeluh, liang pori akan terbuka dan menyebabkan kuman dan bacteria mudah masuk terus ke dalam pori. Sebab tu la korang rasa gatal-gatal dekat badan, kuman dah masuk ke dalam kulit. Macam yang Ainaa cakap tadi, maybe baju yang korang beli tu dah dicuba oleh ramai orang. Buatnya orang tu ada penyakit kulit, tak ke korang pun akan terjangkit sekali? Girls, penyakit kulit ni jangan buat main tau. Bahaya untuk diri korang kalau ianya memudaratkan!

Image result for aesthetic cloth at shop
Sumber gambar: thesmartlocal

Ada certain orang alami masalah penyakit kulit sensitive, of course dia kena lebih berhati-hati bila beli baju. Bukan tu je, setiap baju kan ada warna tersendiri which is merah, biru, kunimg, purple atau apa sahaja la. Semua baju ada pewarna sintetis which is digunakan untuk melekatkan warna pada pakaian. Bahan pewarna yang digunakan mungkin boleh menyebabkan alergi dan irritation pada kulit si pemakai. Bahaya tau benda ni, korang mungkin akan alami masalah gatal kulit, gatal dekat bahagian mata atau bahagian leher.

Lagi-lagi kalau korang beli baju dekat bundle! Lagi la kena basuh elok-elok sebab kita sendiri tak tahu baju tu dari mana. Ada certain kedai bundle memang longgok je semua baju dekat satu tempat dan bercampur dengan baju yang lain. Habuk, hama dan segala kekotoran mungkin terlekat sekali dekat situ. Just imagine korang terus pakai tanpa basuh, mesti akan rasa gatal pada kulit! Kotor pula tu girls! Sebab tu la kena basuh, kalau boleh basuh dalam dua kali supaya betul-betul bersih.

Image result for aesthetic cloth at shop
Sumber gambar: timeout

Lepas ni jangan malas dah basuh baju yang baru dibeli tu okay. Jaga kesihatan diri dan jangan malas! Nak lagi senang, sampai je dekat rumah terus basuh baju tu, at least kalau nak guna keesokan harinya pun sempat kering dulu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ciri-ciri Lelaki Acah Superhero Dan Overprotective

Lagu Wajib Nyanyi Di Karaoke Dengan Kawan