in ,

Bahaya OTP Sampai Tertidur

Sumber gambar: Rawpix.com

Awak letak dulu la…
Ehh, awak la letak. Lepas awak letak baru saya letak okay. Tak pun biar je la tak payah letak, hehe.

via GIPHY

Amboi amboi seronok sangat bercinta ya sampai taknak letak call tu. Awak letak dulu, saya letak dulu la apa la kan, haha! Biasa la tu orang tengah bercinta memang kalau boleh nak melekat je on the phone padahal esok jumpa je dekat sekolah kan.

Tapi dalam korang suka sangat on the phone lama-lama sampai terlelap tu, sebenarnya ada bahaya yang tengah menanti tau. Phone tu mesti dah dekat dengan kepala lepastu bila terlelap, lagi la lama phone tu melekat dengan badan korang. Buatnya kalau terkena renjatan elektrik? Lagi la bahaya!

via GIPHY

Ada kajian membuktikan yang phone ni sebenarnya boleh bakar otak kita dan menjejaskan fungsinya yang lain. Wowww betul bahaya ni! Maksudnya ini menunjukkan yang lagi dekat jarak antara phone dengan kepala, lagi tinggi kemungkinan untuk kita berada dalam bahaya. Kemungkinan kita berisiko untuk mengalami penyakit tumor otak dan kanak-kanak ialah individu yang paling mudah terdedah dengan radiasi phone sebab tengkorak mereka masih nipis dan size otak yang lebih kecil.

Sebab tu la kenapa parents tak digalakkan untuk bagi anak kecil main phone. Kalau nak bagi pun kena hadkan masa penggunaan, bukannya bagi dia main phone sebab nak dia diam daripada menangis. Tapi bukan bermaksud kita yang dah besar ni boleh main phone 24 jam ya, kena juga hadkan masa penggunaan phone tu. Radiation pada phone ni sangat bahaya, lagi-lagi pada kanak-kanak. Antara cara selamat bagi penggunaan phone ialah:

via GIPHY

  • Kalau ada apa-apa benda penting, hantar text je. Boleh guna cara call tapi on speaker atau pakai handsfree. At least phone tu tak ada la dekat sangat dengan kepala korang.
  • Kalau on the phone, cuba pegang phone tu dalam satu inci daripada kepala, jangan terlampau dengan dengan telinga dan kepala.
  • Elakkan letak phone dekat dengan badan which is dekat dalam bra, poket seluar atau dekat bahagian berhampiran pinggang.
  • Pesan pada family korang supaya tak guna phone waktu tengah drive sebab risiko untuk kemalangan memang tinggi! Benda ni paling ramai ambil mudah walaupun dah tahu betapa bahayanya kalau kita terleka waktu main phone sambil drive.
  • Nak tengok movie dekat phone? Boleh je, tak ada masalah. Asalkan korang download dulu movie tu dekat phone. Waktu nak tengok movie, on flight mode supaya dapat elak daripada terdedah dengan radiasi yang tidak perlu.
  • Perhatikan line bar phone dan internet korang. Kalau isyarat phone slow, korang akan lebih terdedah dengan radiasi yang dihasilkan. So kalau nampak line slow macam tu, tak payah nak main phone tu sangat. Simpan je dekat tepi dan tunggu ada line baru nak korang boleh nak scroll social media semua tu.

Just imagine kalau korang on call sampai la tertidur, berapa banyak la radiasi yang terdedah dekat sekeliling korang? Bukan setakat bahaya tu je, buatnya pula sambil on call korang caj phone sekali. Tak ke tinggi jumlah radiasi yang korang terdedah?

Make sure lepas ni kurangkan on the phone berejam dan kurangkan main phone sambil caj. Guna phone bila perlu je okay. Sekarang ni la kita kena cegah, takut nanti dah terkena baru nak cegah memang tak sempat dah. Hadkan penggunaan phone dalam kehidupan seharian kita demi keselamatan dan kesihatan diri.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 10 K-Pop Idol Paling Popular 2019

Azam Baru Yang Wajib Masuk Dalam List Tahun Baru 2020 Korang!