in ,

Bahaya Ke Perempuan Travel Solo? Ini Tips Untuk Korang

Sumber gambar: instagram.com/zoe_lunaria

Semua orang mesti ada impian untuk melancong di tempat kegemaran korang dan belajar tentang budaya mereka, betul tak? Bila nak travel, semestinya kita nak ada kawan tetapi bila nak ajak orang lain kita perlu ada kata sepakat dengan kawan atau travel partner kita itu. Bila ada sesuatu yang tak sepakat itu pun kadang-kadang boleh buat mood jadi spoil dan buatkan kita nak ambil keputusan untuk travel solo.

Sumber gambar: zoe_lunaria

Travel solo kebiasaannya okay dan mudah jika korang adalah seorang lelaki tetapi kalau kita ini perempuan banyak halangan yang boleh jadi sebab utamanya adalah mak dan ayah kita tak beri keizinan untuk keluar seorang diri. Lebih lagi nak keluar ke negara orang sebab katanya bahaya. Ya, memang tak dinafikan bahaya itu ada dimana dan boleh berlaku bila-bila sahaja. Jadi nak tahu bahaya ke perempuan travel solo ini, kami akan beri tips pada korang. Sebab baru-baru ini Zoe penulis LUNARIA baru sahaja pergi travel solo dan ia memang satu pengalaman yang menyeronokkan sebab perjalanan smooth dan lancar sahaja.

Sumber gambar: zoe_lunaria

PERJALANAN

Sumber gambar: zoe_lunaria

Apa yang penting dalam semua perkara adalah korang perlu merancang perjalanan korang. Kiranya dari awal korang di rumah itu korang rancang sampai pukul berapa nak bertolak return ke rumah. Apa yang Zoe lakukan adalah Zoe rancang untuk pergi ke Thailand selama tiga hari 2 malam dan plan untuk bertolak pada malam dan perlu sampai di Thailand pada pagi hari pertama juga. Jadi bila kita sampai awal, banyak benda kita boleh explore selepas masuk check-in di tempat penginapan korang lebih awal.

BAJET

Sumber gambar: zoe_lunaria

Bajet korang berapa ringgit? Atau depends juga pada korang kalau nak ada bajet ikut mata wang negara yang korang pergi itu. Korang kena make sure bajet korang itu sudah termasuk tiket pergi dan balik yang mana korang wajib beli awal sebab kalau beli last minute kebanyakannya mahal dan terhad. Bagi penginapan pula, berapa hari dan ambil yang berbaloi dan kalau dah travel solo itu sebaiknya ambil backpackers hostel sebab memang murah dan harganya semua dibawah RM50 tau! Untuk bajet aktiviti dan transport pun perlu korang rancang supaya tidaklah korang guna duit secara semberono waktu dah sampai sana nanti.

AKTIVITI

Sumber gambar: zoe_lunaria

Rancanglah aktiviti korang nak buat apa tergantung berapa hari korang travel. Sebagai contoh, hari pertama Zoe penulis LUNARIA di Thailand adalah untuk food hunting di street food, floating market dan pasar malam. Hari kedua, Zoe rancang melawat tempat yang mempunyai unsur budaya dan sejarah Thailand sambil shopping di tempat yang ramai orang recommend. Akhir sekali, pada hari terakhir sambung shopping sedikit sebelum berangkat pulang ke rumah.

JADUAL

Sumber gambar: zoe_lunaria

Pastikan korang buat jadual juga. Ya, travel solo ini sangat penting ada jadual supaya korang tidak buang masa korang di satu tempat itu sahaja bila korang dah sampai. Ini semua termasuk rancang waktu dan korang perlu tahu jarak dari satu tempat ke satu tempat itu berapa kilometer. Explore kawasan yang korang nak lawat dan jalan-jalan itu sama ada ia dekat tak dengan kawasan seterusnya, kalau tidak yang jauh itu korang wajib letak dalam jadual untuk pergi lebih awal dan pergi ke tempat seterusnya yang kawasannya berdekatan antara satu sama lain.Β 

KENDERAAN

 

View this post on Instagram

 

πŸ‡ΉπŸ‡­khap khun kaπŸ‡ΉπŸ‡­

A post shared by zoe? (@zoe_lunaria) on

Kenderaan nak pergi ke setiap tempat korang nak pergi semasa travel solo pun sangat penting untuk korang ambil tahu dan rancang. Ini sebab tidak semua tempat dan kawasan ada banyak kemudahan public transport. Macam Zoe sewaktu pergi ke Thailand Grab motor adalah kenderaan yang paling mudah dapat dan termurah jika nak dibandingkan dengan tuktuk kenderaan yang ramai orang ramai lebih suka naik kalau pergi Thailand. Jadi kalau korang nak travel solo, sebaiknya fikir masak-masak sama ada perlu naik Grab yang lebih murah atau sewa motor dan lain-lain. Pilih yang mana lebih berbaloi harganya dengan jarak kawasan yang korang nak lawat itu. Jika jarak tempat kurang daripada dua kilometer dan boleh berjalan dalam masa kurang 20 minit, korang exerciselah sikit ya, boleh jalan sambil feeling dan minum air sejuk! Hehe!Β 

Sumber gambar: zoe_lunaria

Nampak tak? Sebenarnya senang sahaja untuk perempuan travel solo ini. Apa yang utama, korang perlu buat dan baca banyak review dari orang luar apa yang baik dan apa yang tidak baik di tempat yang korang nak pergi itu. Survey juga sama ada negara yang korang nak melawat itu banyak kes jenayah atau tidak sambil itu kalau terjumpa rakyat Malaysia di sana jangan lupa ringankan mulut untuk berbual dan minta tolong mereka untuk ambil gambar ke dan lain-lain ikut keselesaan korang dan mereka, boleh juga kalau korang berkenalan nanti ada kawan baru.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Awek TikTok Copy Paste Muka Ariana Grande

Senarai Anak Selebriti Jadi Influencer, No. 4 Paling Best!